BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mainan budak bertanda salib

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Noor Azmi (kanan) bersama Asrizal menunjukkan gambar tertera gambar salib dibelakang yang dililit ular terdapat di dalam kotak mainan, semalam.

image.jpg

Pelekat bertanda salib.

TELUK INTAN - Seorang bapa terkejut apabila anaknya berusia 5 tahun membeli satu kotak gula-gula dan pelekat yang mengandungi tanda salib dari sebuah kedai runcit di Taman Kerentina, Batak Rabbit, petang kelmarin.

Bapa, Noor Azmi Baharuddin, 37, berkata, ketika itu, dia yang baru pulang dari tempat kerjaterkejut anaknya memegang sekeping pelekat cacah tertera gambar salib bersama tengkorak.

Menurutnya, mulanya dia menyangka pelekat itu hanya gambar tengkorak namun apabila di teliti terdapat salib yang dililit ular.

"Bukan sahaja gambar berkenaan menakutkan malah tentangan dengan agama Islam.

"Tindakan syarikat yang membuat permainan itu didapati tidak peka dengan sensitiviti orang Melayu khususnya beragama Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Kata Noor Azmi, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan tindakan pihak syarikat berkenaan meletakkan gambar salib adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mahu pihak pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) segera mengambil langkah bagi memastikan barangan seumpama itu tidak dijual secara rambang kerana bertentangan dengan akidah,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Asrizal Buyung, 60, mahu pihak Jabatan Agama Islam Kedah segera membuat pemantauan ke atas syarikat yang beroperasi di Alor Setar itu supaya perkara berkenaan dapat dikawal daripada berleluasa.

Katanya, kanak-kanak tidak tahu apa-apa dan jika perkara berkenaan tidak dibendung akan memberi impak yang besar kepada umat Islam.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/mainan-budak-bertanda-salib-1.135826
 
mainan apa ni..klo jumpa dalam dingdang tora mmg ptot complain
 
Dekat Prangin Mall Penang siap reserve tpt dpn lif utk ole2 salib,skrg ni dh kurang nampak. Kalau report siapla aku ditukarkan atas sbb Rasis konon mcm cikgu yg report ada cina jual ba.bi dpn sek d Kg Selamat,atas sbb Rasis...Melayu bersuara:Rasis.,Cina bersuara:kebebasan bersuara....
 
so apa nama permainan ni, senang la diboikot :)
 
Pandai diorang nak sesatkan Islam dengan cara halus macam tue, bagus jugak la abam abam nie
buat laporan supaya hal ini tak berlarutan di masa masa akan datang...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
mainan tu import china mari kottt
 
pihak jakim kna amik tindakan segera. kalu di biarkn nanti
teruk lgi.zaman la agama lain senang2 di sebarkn secara terang2.
 
ingat semua....
ni bukan negara islam..
tu yang jadi lagu ni....
 
Back
Top
Log in Register