Pak Lah bekerja untuk Malaysia atau SCOMI?
Oleh ALMG
Sesiapa yang pernah mengunjungi Putrajaya tentu ternampak landasan monorail terbengkalai (gambar bawah), jambatan monorail berdekatan Yayasan Kepimpinan turut terbengkalai.
View attachment 1730
Itulah cara Abdullah Badawi membalas jasa Mahathir Mohamad. Lebih jauh itulah cara Abdullah Badawi membalas kepercayaan kita semua.
- "The monorail project was supposed to be in operational last year but the RM400mil project was shelved in 2004 as the Government had not approved funding for it."
Kerajaan tarak duit kata Dollah Badawi. Tapi dalam masa penangguhan tersebut kerajaan membelanjakan:
-LCCT Air Asia - RM 108 juta
-Jet VIP Baru - RM 200 juta
- Ubah Suai Sri Perdana - RM 15.81 juta
- Ubah Suai sekolah lama beliau - RM 20 juta
- Penubuhan Kerusi Malaysia di Cambridge - 50 juta Pound Sterling
- Monsoon Cup - RM200 juta x 2 tahun
Adakah perkara-perkara di atas ini lebih penting dan dapat terima akal berbanding meneruskan pembinaan monorail (yang telah berjalan sebelum Abdullah mengambil alih) untuk pengangkutan awam Putrajaya?
Seperti dijangka Pak Lah menghentikan banyak projek yang dirancang dalam RMK 8 untuk membunuh usahawan sedia ada. Ketika rakyat jelata disuruh bercucuk tanam dengan bantuan berjuta-juta ringgit, anak menantu beliau mengaut berbilion ringgit.
Apabila Abdullah Badawi memegang jawatan Perdana Menteri beliau menangguhkan beberapa projek mega yang telah diluluskan oleh Kabinet yang beliau sendiri anggotai.
Beliau menangguhkan Jambatan bengkok, pembangunan Putrajaya, Landasan Berkembar, Monorail Pulau Pinang dan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
SCOMI Ambil Alih, Pak Lah Akan Lulus Projek?
Beberapa hari selepas SCOMI mengambil alih MTRANS, syarikat tunggal mempunyai keupayaan teknologi monorail di Malaysia, maka muncul kenyataan bahawa pembangunan monorail di Putrajaya perlu disegerakan. Sila baca blogger Jeff Ooi.
Projek ini sepatutnya siap pada 2006. Namun pada 2004, Pak Lah menangguhkannya. Mengapa?
Rupanya sudah ada Grand Design untuk mengayakan anak sendiri. Sebaik pengambil alihan berjaya, maka sibuklah Presiden Perbadanan Putrajaya mendesak projek monorail diselesaikan.
Kalau mahu menjadikan anak menantu jutawan seantero dunia pun carilah idea lain supaya anak menantu kaya raya, usahawan sedia ada tidak mati, ekonomi negara tidak terencat.
Pak Lah memperjudikan nasib negara hanya semata-mata memuaskan nafsu anak menantunya.
Aneh projek pengangkutan awam Putrajaya dan landasan berkembar yang memerlukan kesegeraan untuk ekonomi negara ditangguhkan tapi Terminal Tambang Murah (LCCT) muncul sekelip mata hasil permintaan Tony Fernandes dan Air Asia.
..............
http://cuitsikit.blogspot.com