BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Main judi guna tablet

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


SEREMBAN - Aktiviti perjudian siber kini menggunakan modus operandi baharu dengan menggunakan tablet bagi mengelak kegiatan itu dikesan polis.

Taktik terbaru itu menunjukkan sindiket perjudian di negeri ini tidak lagi tertumpu di pusat hiburan tetapi di tempat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nor Azman Muhamad Yusof berkata, pemain judi siber kini tidak perlu datang ke pusat judi atau hiburan, sebaliknya pengusaha judi yang akan datang bertemu pelanggan.

"Sindiket akan membawa tablet atau menggunakan tablet pelanggan. Hanya orang dikenali sahaja dibenarkan untuk bermain judi menggunakan tablet.

"Pengusaha judi akan memasukkan kata kunci ke dalam tablet dan pelanggan akan main judi.

"Sekiranya menang, wang pertaruhan akan diserahkan kepada pelanggan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Khoo Leng Huat.

Beliau berkata, sebanyak tujuh kes berjaya dikesan di negeri ini yang membawa penahanan 14 penjaga premis dan 19 pemain judi dalam Ops Dadu bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

"Mereka semua berusia dari 19 hingga 65 tahun. Kita turut merampas lapan komputer, sembilan komputer riba dan 17 tablet.

"Rampasan dilakukan di pelbagai lokasi kerana aktiviti perjudian ini dilakukan di bengkel kereta, kafe, medan selera, pusat snuker, premis perumahan dan lain-lain," katanya.

Menurutnya, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
 
Back
Top
Log in Register