BTC USD 84,629.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahzab Andalusia ??

ajakio85

Active+ Member
Messages
2,868
Joined
Feb 1, 2008
Messages
2,868
Reaction score
183
Points
38
assalamualaikum kepada saudara2 cg forumer sekelian dan pembaca yg saya hormati...

tujuan saya membuka thread ini adalah pendedahan sesuatu ajaran yg kita sering dapati di sekeliling kita..
saya dapati ianya agak sesat.

seperti yg kita ketahui wali songo(wali 9) terkenal di indonesia.

Wali-Songo.jpg

bagaimanapun kebanyakan dari penganut ajaran mahzab andalusia gemar memohon restu dan doa di makam2 wali ini..sehingga lupa bahawa Allah swt itu Maha Mendengar dan Maha Melihat.

ciri2 mahzab andalusia ini:

-mengaku mengikuti mahzab imam as syafie..tapi tidak sebenarnya.

-hal perbomohan dan alam mistik memang no.1 .. mereka ini pantang mendengar org sakit..memang nak menghulur bantuan akan tetapi meminta pengeras berupa wang..katanya untuk disedekah kepada jin.. jin mana ada pakai wang?

-mengaku menghafal al quran dan hadis..sampai mengaku dirinya sheikh..pakar bahasa arab (sebenarnya tak hafal)

-mengaku melihat nabi muhamad saw dan jibril as, jin-jin (tidak sahih kerana rata2 mereka tidak menceritakan sifat fizikal nabi saw)

-mengagung-agungkan wali songo dan saidina Ali ra,
-mahir dalam persilatan..sehingga memohon dirinya dirasuk saidina ali ra atau para wali songo. tak lupa juga memohon bantuan jin untuk mendapat pengampul.

-mempunyai seragam sendiri terdiri dari 3 cabang warna-merah-kuning-hitam.

-bercakap besar tapi dia menyatakan bahawa dirinya tidak riak.

-terlampau yakin pada ajarannya. barangsiapa yg mengamal ajarannya adalah ahli syurga. barangsiapa tidak adalah ahli neraka.

-bid'ah melampau-lampau dan aktif di indonesia.

-menjadikan masjid di makam2 wali.

-menggunakan ayat2 al quran diselangi jampi serapah dan menyebut nama2 para wali.

sila betulkan jika saya salah..pendedahan akan diteruskan.
 
Berikut adalah temu bual saya bersama beberapa orang yg mengaku mengikuti mahzab andalusia ini.

saya ( Q ) dan beberapa orang yg ditemu bual adalah (A).

Q : ayat kursi dari surah mana ya ,wak?
A : huisshh...panjang surahnya 400 ayat..surah al baqarah ,itu pun ayat 300 lebih baru jumpa ayat kursi

Q : Apakah itu Sunnah ?
A : itu adalah 'tabiat'. bon.gok!!

Q : Pernah pergi ke masjidil haram (mekah) tak?
A : oh sering pergi..org arab nggak bagus..jahat .

Q : dimanakah bagus mencari ilmu?
A : seperti riwayat hadis "carilah ilmu sampai ke Bogor (indonesia)." riwayat bukhari.

Q : ada apa di Bogor wak?
A : di sono eneng (di sana ada) gua. ada pintu ditulis 'sidratul muntaha' di dalam ada 9 wali masih hidup dan duduk . di sana juga ada yg memohon hajat dan restu.

Q : ada pasien (pesakit) ,pak...
A : aku bisa ngobatin. (sambil mengeluarkan besi kuning yg kecil .. keris 3 inci )

Q : surah an-nas itu ada disebutkan jin kan,wak ?
A : mana ada ? surat al-jinn itu lah ! maka nya hafal al quran itu seperti saya!
 
Last edited:
Nah thanks seketul. Tapi baik tt pergi pesantren kat sana dulu belajar ilmu islam kat sana. Nanti boleh tau beza nya. Setakat pemerhatian kasar boleh jadi kita pula yang salah nilai.
 
Nah thanks seketul. Tapi baik tt pergi pesantren kat sana dulu belajar ilmu islam kat sana. Nanti boleh tau beza nya. Setakat pemerhatian kasar boleh jadi kita pula yang salah nilai.

banyak lagi pendedahan yg bakal dibuat ni saudara. supaya kita 'alert' dgn diaorg ni..lebih2 lagi bila time sakit..kita cari ikhtiar...dan diaorg ni yg kita jumpa.

tapi x lah semua org indonesia..kebanyakannya sebahagian.
 
Sama ke dengan ajaran 'orang yg dah sampai peringkat tinggi dah tak perlu solat, cuma perlu niat..'?
 
Nah thanks seketul. Tapi baik tt pergi pesantren kat sana dulu belajar ilmu islam kat sana. Nanti boleh tau beza nya. Setakat pemerhatian kasar boleh jadi kita pula yang salah nilai.

kadang2 manusia ni pandai mengaji je,,tp ilmu x ada.kerana ilmu Allah ini luas.ilmu kita ibarat jarum di tengah lautan je.
ada org yg penipu,,dan ada juga manusia yg benar2 soleh disana,mungkin tt dah terjumpa org yg salah.
 
kebanyakan org2 indonesia berjumpa dgn saya..ciri2 yg saya sebutkan itu adalah benar..bukan rekaan. padahal yg berjumpa dgn saya tu ada yg dr jawa..kalimantan..sulawesi..sumatera.

jika anda x percaya..anda boleh cuba bertanya pada seorang indonesia,perihal wali songo.
 
semoga suatu hari nanti TT akan berjumpa dgn Guru Yg benar2 Mursyid disana.
 
Back
Top
Log in Register