BTC USD 85,592.0 Gold USD 4,163.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahu Tapi Malu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 4 Feb. – Kurang seminggu selepas menyatakan kesediaan untuk tidak dicalonkan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop hari ini menyuarakan nada sebaliknya apabila menegaskan beliau sebenarnya tetap bersedia bertanding sekali lagi.

Ahli Parlimen Lenggong itu berkata, malah segala persiapan ke arah menghadapi pilihan raya telah pun dilakukannya bagi mempertahankan kerusi yang ditandinginya sejak tahun 2004 itu.

Menurut beliau, kesediaannya ini adalah berdasarkan sokongan ramai yang diterimanya khususnya daripada golongan akar umbi di kawasannya.

‘‘Kerja sebagai wakil rakyat bukan sehari. Ia kerja berterusan sejak menang pilihan raya tahun 2004 sehinggalah nak menghadapi pilihan raya tahun ini.

‘‘Dengan rekod kerja yang tidak bermusim ini, ia ternyata selari dengan kehendak Perdana Menteri. Jadi saya berkeyakinan akan terus diterima masyarakat dalam kawasan Parlimen saya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Pengiklanan Usahawan anjuran Kementeriannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Program tersebut turut melibatkan kerjasama 18 organisasi media cetak dan elektronik termasuk Kumpulan Utusan.

Selasa lalu, Khamsiyah yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO dilaporkan sudah mengemaskan barang di pejabatnya sebagai persediaan jika tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli politik berusia 63 tahun itu menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah amalannya pada setiap kali hampir pilihan raya.

Katanya, ini sejajar dengan prinsipnya bahawa semua ahli politik perlu bersikap terbuka kerana soal menjadi calon atau sebaliknya merupakan keputusan pucuk pimpinan.

Khamsiyah bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1995 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenering sebelum bertanding di Parlimen Gerik pada tahun 1999 dan kemudian pada tahun 2004 bertanding pula di Parlimen Lenggong.

Sementara itu, Setiausaha Parlimen kementerian itu, Datuk Samsu Baharun yang juga Ahli Parlimen Silam ketika ditanya soalan yang sama menegaskan, beliau akan terus mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenanginya pada tahun 2004 sekiranya dipilih.

Bagaimanapun, sekiranya tidak terpilih, beliau bersedia untuk bekerja memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan.

‘‘Jika dicalonkan saya bersedia untuk terus pertahankan kawasan saya dan sebaliknya saya akan tetap turun memastikan kemenangan BN,’’ ujarnya yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Silam.

Samsu pernah digantung oleh Lembaga Disiplin UMNO selama tiga tahun sebelum Panel Rayuan UMNO yang bersidang kemudian mendapati beliau tidak bersalah dan dibebaskan daripada hukuman tersebut.

:eek: :eek: :eek:
 
semua dok merayu-rayu.alah..jumpe je si KJ ..dia leh setel nye....meraih simpati sampai kuar paper...ntah2 apa2 lee.
 
ni nak kategori sbg malu apa ek? malu-malu kucing ke?:D
 
Sapa x mau pangkat dan harta beb!
 
bukan malu, tapi nampak duit la tu....pi mampoih la..dah nak pilihan raya macam-macam cakap,tapi lepas pilihanraya rumah makin besaq,rakyat kena masuk tong sampah cari makan...semua bakal ahli neraka depa nih....
 
Back
Top
Log in Register