soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Ridzuan Abdul Rahman
[email protected]
SEBAGAI warganegara yang bertanggungjawab, penyanyi Dr Soo Wincci melihat perlunya usaha untuk mengukuh dan mengekalkan perpaduan dilakukan sepanjang masa.
Baginya, perkara ini sangat penting demi kemajuan dan pembangunan ekonomi negara.
"Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak dan jika ada perselisihan faham berlaku, kita perlu selesaikan dengan cara baik.
"Kita juga perlu selalu memperbaiki diri agar menjadi orang yang lebih baik untuk keluarga, masyarakat dan tanah air yang tercinta.
"Justeru, membabitkan diri dalam kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan juga salah satu cara yang boleh diamalkan dalam menyuburkan nilai perpaduan antara kaum," katanya yang bergelar Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia (IRM).
Wincci, 36, yang sangat komited dalam membantu kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan IRM, berkata, masyarakat terutamanya golongan muda digalakkan untuk sama-sama turun padang melakukan kerja-kerja kemanusiaan
"Jika kita tak buat, siapa lagi yang nak buat. Kita perlu tolong antara satu sama lain.
"Banjir dan pandemik Covid-19 sudah cukup membuktikan bahawa kita mampu bangkit dan berjuang bersama-sama mengharungi saat-saat getir tanpa mengira apa jua bentuk perbezaan.