BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahu jadi tukang masak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SUDAH bergelar seorang aktor yang terkenal dan disanjungi ramai sebelum ini, kini Keanu Reeves mula terfikir untuk menukar profesion dengan bergelar seorang tukang masak.

Pelakon ini yang pernah membintangi filem Private Lives of Pippa Lee baru-baru menunjukkan kehebatannya sebagai chef dengan memasak di dapur.

Disebabkan sudah jatuh hati dengan bidang masakan, Keanu mempertimbangkan untuk berehat seketika dalam dunia lakonan bagi menumpukan perhatian terhadap minat barunya itu.

Keanu juga dikhabarkan mendapat inspirasi untuk bergelar chef setelah mendalami buku yang berjudul Molecular Gastronomy: Exploring the Science of Flavor yang digarap oleh salah seorang chef terkenal di Perancis, Herve.

Kata bintang Hollywood itu: "Saya sudah jatuh cinta dengan bidang masakan dan tidak sabar untuk bergelar seorang chef pula selepas ini.

"Herve sungguh fantastik. Saya jarang memasak sebelum ini. Tetapi buku yang saya baca ini nampaknya benar-benar mengubah kehidupan saya."

Selain sudah hampir bergelar seorang chef, Keanu juga mula belajar menggunakan komputer untuk kali pertama.

"Ia memang menjadi perkara yang menggembirakan saya kerana saya sudah boleh menghantar e-mel dan menggunakan perkhidmatan Internet.

"Akhirnya seorang teman membelikan saya sebuah komputer. Dan sudah tentulah saya mula terbiasa mengendalikan peralatan elektronik canggih ini," jelas Keanu
 
bape umo dia??
xkan first time gune komputer???:-?
 
keanu reeves??

ensem dia....ske tgk dia.....hi hi hi...​
 
"Akhirnya seorang teman membelikan saya sebuah komputer. Dan sudah tentulah saya mula terbiasa mengendalikan peralatan elektronik canggih ini," jelas Keanu


biar betik mamat nie..tak penah guna pc ke:p:p
 
suruh dier join forum CG...pastu posting byk2 nnt leh lwn eboss ..:)):))
 
belakon dlm the matrix..byk guna komputer..PELIK AKU NEO NIH
 
Back
Top
Log in Register