BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahligai Nana retak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Rumah tangga pasangan selebriti muda, Siti Nordiana Alias, 25, atau mesra dengan panggilan Nana dan Mohd Faizal Yusup, 31, kini dilaporkan retak menanti belah apabila Nana dikatakan sudah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai suaminya, baru-baru ini.

Tindakan itu dipercayai diambil Nana selepas suaminya dikatakan melafazkan perkataan yang membuatkannya curiga dengan statusnya sebagai isteri.

Ketika dihubungi, Nana tidak mengia atau menafikan dakwaan itu, bagaimanapun mengakui sejak sebulan lalu rumah tangga mereka menghadapi masalah.

“Saya bukan hendak sorok kerana lambat-laun cerita ini pasti orang tahu. Cuma saya rasa sekarang bukan masa sesuai untuk saya membuat komen berikutan kes (prosiding mahkamah) belum berjalan.

“Apa yang boleh saya katakan, rumah tangga kami menghadapi masalah sehingga memaksa saya merujuk mahkamah syariah.

“Selebihnya, saya tak boleh beri komen kerana dinasihatkan untuk tidak membuat kenyataan,” katanya.

Ditanya, sama ada benar suaminya ‘melafazkan’ sesuatu yang membuatkan dia curiga akan statusnya sebagai isteri, Nana menjawab ringkas: ‘Lebih kuranglah’.

Nana juga tidak menafikan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.

“Saya reda apa juga keputusan ditetapkan mahkamah nanti. Kalau masih ada ruang untuk menyelamatkan rumah tangga, saya akan cuba sedaya-upaya,” katanya.

Nana dan Faizal bernikah pada 28 April 2006 di Masjid Kariah Sendayan, Seremban dan sepanjang tiga tahun melayari bahtera rumah tangga, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 17 bulan.

Sejak bergelar isteri dan ibu, Nana seakan menyepi daripada dunia nyanyian kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

Namanya kembali diperkatakan sejak tersebar isu keretakan rumah tangganya, hujung minggu lalu.

Difahamkan, sejak tujuh bulan lalu dia bekerja sepenuh masa di Kolej Antarabangsa Unity sebagai kaunselor pendidikan.
 
Aku ingat rumah dia retak :eek:
 
retak menanti belah.pesal la artis ni mudah sangat cerai ek?
 
aku boleh la jadi pengganti nanti..dari dulu aku minat kat dia :))
 
Back
Top
Log in Register