BTC USD 81,450.5 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahasiswa calon termuda

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


​

LONDON 8 Mei – Calon Parti Nasionalis Scotland (SNP), Mhairi Black yang masih merupakan seorang mahasiswa menjadi anggota Parlimen paling muda sejak 1667, apabila beliau diumumkan menang pada pilihan raya umum Britain bagi kawasan Paisley dan Renfrewshire Selatan.

Black, 20, memperolehi majoriti undi sebanyak 5,000 berbanding pencabarnya, Douglas Alexander, 47, yang merupakan calon Parti Buruh.

Gadis yang mengikuti kursus ijazah politik tersebut masih perlu menamatkan pengajiannya di Universiti Glasgow.

Black selepas diumumkan menang berikrar untuk memperbaiki kehidupan penduduk Scotland.

“Kami akan berusaha menamatkan pemotongan polisi kesejahteraan yang memberi kesan buruk kepada rakyat,’’ katanya.

Sebanyak 59 daripada 650 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Britain 2015 merupakan kerusi di Scotland. 
– AFP
 
Back
Top
Log in Register