BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAE Genap 5 Tahun - Nikmati Pulangan 5% Setahun & Banyak Lagi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Lima tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Ia adalah perjalanan yang membuktikan bagaimana MAE terus berkembang daripada sekadar aplikasi perbankan digital kepada teman kewangan yang memahami gaya hidup setiap pengguna. Sejak diperkenalkan, MAE memudahkan jutaan rakyat Malaysia mengurus kewangan harian dengan lebih bijak, teratur dan bergaya. Lebih meyakinkan, keselamatan aplikasi ini dijamin oleh sistem perbankan Maybank yang kukuh dan dipercayai selama puluhan tahun.​

1762358090272.png

Kini, sempena ulang tahun kelimanya, MAE meraikan kejayaan ini bersama anda dengan kempen istimewa yang dijangka menjadi bualan ramai ‘MAE Turns 5’. Sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna, Maybank memperkenalkan kempen MAE Turns 5 dengan tawaran ganjaran yang tidak boleh dilepaskan iaitu pulangan 5% setahun dengan MAE Wallet sehingga 31 Januari 2026.​
 
Cara Untuk Menikmati Ganjaran Ini Juga Mudah

1. Lakukan pemindahan minimum RM200 daripada bank atau eWallet lain antara 30 Oktober hingga 30 November 2025, dan pastikan anda masukkan ‘MAETurns5’ dalam ruangan rujukan penerima/recipient reference.
2. Pemindahan mesti dibuat dalam tempoh deposit (30 Okt–30 Nov). Kekalkan jumlah yang anda pindahkan dalam MAE Wallet untuk nikmati pulangan 5% setahun. Anda boleh dapat pulangan sehingga 31 Januari 2026, cara paling bijak untuk melangkah ke tahun baru!.
1762358158926.png
Tip Untuk Maksimumkan Pulangan Anda

1. Lakukan pemindahan seawal mungkin untuk menikmati lebih banyak pulangan harian
2. Pindahkan amaun maksimum — RM4,999 untuk pengguna biasa atau RM10,000 jika anda memiliki Kad MAE
3. Ada extra duit hujung bulan? Anda boleh buat maksimum 3 pemindahan antara 30 Oktober – 30 November 2025
 
Beli-Belah Lebih Berbaloi Dengan Maybank2u Online Banking
1762358291264.png

Selain pulangan 5% setahun dengan MAE Wallet, ulang tahun ke-5 ini juga penuh kejutan untuk kaki shopping dan pengguna setia MAE!. Nikmati diskaun sehingga RM50 apabila anda membuat pembayaran menggunakan Maybank2u Online Banking di platform popular seperti Shopee, TikTok Shop, Lazada, aplikasi/laman sesawang Watsons, aplikasi ZUS Coffee dan banyak lagi. MAE Genap 5 Tahun: Nikmati Pulangan 5% Setahun Dan Banyak Lagi. Tawaran ini hadir semasa tempoh jualan istimewa seperti double-digit days dan promosi terpilih, jadi pastikan anda sentiasa peka, kerana ganjaran ini cepat habis.​

1762358271113.png
 
Imbas, Bayar & Dapat Pulangan Tunai!
1762358349336.png

Tidak cukup dengan itu, pengguna tegar MAE juga boleh menikmati sehingga RM15 cashback bila anda Scan & Pay sebanyak lima kali (minimum RM15 setiap transaksi). MAE Genap 5 Tahun: Nikmati Pulangan 5% Setahun Dan Banyak Lagi. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu tekan ‘Join Now’ pada bahagian ‘Tap, Track, Win’ dalam aplikasi MAE dan mula buat pembayaran dengan QR untuk kumpul ganjaran anda. MAE Genap 5 Tahun: Nikmati Pulangan 5% Setahun Dan Banyak Lagi. Promosi ini berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember 2025, jadi ini masa terbaik untuk berbelanja sambil menikmati pulangan tunai sebenar.​

1762358374424.png
 
Back
Top
Log in Register