BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Madrasah runtuh lepas kuliah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Madrasah yang runtuh dalam kejadian ribut, semalam.
< 1 / 1 >
JASIN - Seramai 15 jemaah kuliah tauhid di Madrasah Sheikhul Ariffien, Jalan Tambak Merlang 2, terselamat apabila bangunan yang menempatkan mereka runtuh dalam kejadian ribut selepas sejam mereka tamat kuliah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, bangunan yang siap 90 peratus itu turut menghempap sebuah kereta jenis Proton Iswara milik pentadbir madrasah berkenaan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Sheikh Ismail, Mohd Yusof Mohd Dan berkata, kuliah itu tamat pada jam 11 malam dan ketika kejadian kesemua jemaah keluar dari bangunan dan antaranya sudah pulang.

Menurutnya, sebelum ini, bangunan itu dirancang untuk dijadikan tempat pengajian pelajar tahfiz, namun pihaknya menggunakan lokasi itu sebagai tempat kuliah agama dan ruang solat sejak Ramadan lalu.

"Alhamdulillah nasib baik ketika kejadian kuliah sudah pun selesai dan ada di antara mereka beredar dan tiada yang berada dalam bangunan itu,” katanya.

Katanya, pembinaan madrasah itu masih dalam proses kelulusan pihak berkenaan dan kerja-kerja pembinaan sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan serta Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Mohamad Maskor Ahmad Thayar berkata, dua jentera dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bangunan yang dibina di kawasan ladang getah itu dipercayai runtuh kerana tiang utamanya tidak dapat menampung beban bumbung.

“Kita juga mendapati pihak berkenaan hanya guna skru untuk menyambung bumbung dan tiang. Kerugian dianggarkan RM200,000,” katanya.

Katanya, pihak madrasah kurang mementingkan ciri-ciri keselamatan termasuk penyambungan bekalan elektrik dari rumah penduduk.



sumber:www.sinarharian.com.my/madrasah-runtuh-lepas-kuliah-1.209563
 
pergh..tgk design bumbung dah tau...konfirm tak tahan lama ....dgn body madrasah tu plak....mcm ruang kosong jer kat bawah..huhu

ribut memang cukup syok bila bleh langgar bumbung2 hat pesen ni..huhu
 
bumbung tu mak aihh..

agak2 la..main taruk je asal cantik..naya kalau ada budak dalam tu
 
wow....kerugian 200k?? baik buat bangunan batu je.
 
totally guna kayu jati kot..? :D
tgk meghelit semacam je :-?

mungkin la kot, kalau guna kayu lagi mahal kan?
mahal tapi tak berbaloi buat apa, malaysia panas, bangunan kayu dgn atap zink memang masak laaa....
arkitek dia patut banyakkan tgk channel 728 Li kat astrok tu.... bole tgk camne diorang design bangunan :D
 
Back
Top
Log in Register