BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Madrasah hadapi kekangan dana menjelang Ramadan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Pelajar ketika mengikuti perhimpunan pagi.
KUALA KETIL - Ramadan bermula hari ini disambut Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin dari Perkampungan Kembal Islam dalam keadaan serba kekurangan apabila hanya mempunyai RM1,000 bagi menampung keperluan berbuka puasa seramai 80 pelajar asrama, guru dan penduduk.

Pengerusi Lembaga Tadbir, Shahabudin Ibrahim berkata, menjadi tradisi madrasah menganjurkan majlis berbuka puasa pelajar bersama penduduk, yang kebanyakannya golongan kurang berkemampuan.

Menurutnya, madrasah menganjurkan majlis berbuka hasil sumbangan masyarakat dan ahli korporat sejak 10 tahun lalu.

“Bila asrama pelajar siap dibina 10 tahun lalu, madrasah mula anjur majlis berbuka bersama penduduk. Di sini kebanyakannya penoreh dan berniaga kecil-kecilan.

“Selama 10 tahun kita tak hadapi masalah dana sebab selalu seminggu sebelum Ramadan ada terima sumbangan. Tapi bagi tahun ini, dalam tabung Ramadan hanya ada RM1,000,” katanya, di sini, semalam.

image.jpg


Ahmad Bukhari (kiri) bersama Shahabudin di hadapan sebahagian bekalan beras yang ada.
Lebih menyedihkan, kata Shahabudin, sekolah hanya mempunyai stok beras sebanyak 100 kilogram (kg) dan jumlah itu tidak mencukupi.

“Saya susah hati sebab kurma pun belum ada lagi. Mujur ada hamba ALLAH sumbang 100kg beras, jadi kita perlu lagi sumbangan beras untuk cukupkan hingga hujung Ramadan. Sehari madrasah masak dalam 25kg beras termasuk sahur. Barangan lain yang diperlukan ialah gula, teh, kopi dan lain-lain,” katanya.

Buntu kutipan kurang

Shahabudin berkata, kekangan itu menyebabkan pihak sekolah buntu mencari jalan penyelesaian.

“Pihak madrasah dah buat macam-macam termasuk menguar-uarkan dalam Facebook, tapi kutipan kurang memberangsangkan. Mungkin sebab keadaan ekonomi negara kita tak menentu.

“Lagi-lagi sekarang harga getah jatuh merudum. Penduduk nak sumbang pun fikir banyak kali sebab depa pun tak cukup makan. Kita faham keadaan yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, dana masjid Raudatul Muslimin yang selama ini digunakan sebagai talian hayat madrasah, juga tidak mencukupi.

image.jpg


Dana Masjid Raudhatul Muslimin juga berkurangan tahun ini.
“Pernah madrasah hadapi kekangan dana, tapi diselamatkan dengan pinjam duit daripada masjid dan diganti semula. Tapi mai bulan ni, masjid pun tak ada. Dana dan dalam tabung hanya RM1,000. Jumlah tu tak cukup. Kita nak pinjam pun tak sampai hati sebab masjid ada komitmen lain,” katanya.

Tambah Shahabudin, madrasah juga menghadapi kekangan dana bagi menyediakan jamuan moreh dan sagu hati di hujung Ramadan kepada peserta tadarus al-Quran, peserta majlis zikir tahlil termasuk imam dan petugas Ramadan seramai lebih 70 orang dengan kos RM30,000.

Dana tak cukup untuk bayar gaji

Shahabudin berkata, masalah kewangan turut menyebabkan pengurusan sukar untuk membayar gaji guru dan kakitangan.

Menurutnya, sebanyak RM22,000 diperuntukkan setiap bulan untuk membayar gaji seramai 34 guru dan kakitangan.

“Setiap bulan masyarakat akan sumbang kira-kira RM12,000. Campur dengan yuran murid, dapatlah kita selesai bayaran gaji. Tapi bulan ni kita hanya dapat sumbangan untuk bayar gaji guru kurang dari RM2,000. Bagi April, madrasah dapat kutip RM4,000 saja,” katanya.

image.jpg

Tambah Shahabudin, masalah kewangan bukan alasan untuk pihak pengurusan lepas tangan daripada membayar gaji pekerja.

“Kot mana pun, gaji guru dan kakitangan kami tak akan gantung. Tetap kena bayar. Nanti depa nak makan apa? Sudahlah gaji sebulan dalam RM500 hingga RM600 sahaja,” katanya.

Sementara itu, guru, Ahmad Bukhari Ayub, 27, berkata, masalah dihadapi pihak pengurusan bukan halangan untuk tidak memberi komitmen terbaik.

"Harap ada pihak dapat ringankan beban. Semoga usaha murni ini berterusan untuk lahir lebih ramai pelajar celik agama,” katanya.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad ( BIMB) di nombor akaun

02 048 02 019193 3 Atas nama tilawah dan tahlil raudhatul muslimin atau hubungi ustaz Shabudin Ibrahim di talian 013-4400403



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/madrasah-hadapi-kekangan-dana-menjelang-ramadan-1.681120
 
Back
Top
Log in Register