BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Macau: Chong Wei tarik diri

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
'Habis angin' selepas bergelut di Terbuka Hong Kong, Shanghai

CURAHAN keringat di Hong Kong dan Shanghai kini jelas mencengkam kedua-dua aspek mental dan fizikal Lee Chong Wei.

Semalam, pemain nombor satu dunia itu membuat kejutan menarik diri daripada aksi badminton Terbuka Macau gara-gara keletihan dan sekali gus tidak berpeluang untuk mencatat gelaran hatrik kejuaraan berkenaan.

“Dia (Chong Wei) mengumumkan menarik diri pada awal pagi tadi (semalam) atas sebab kepenatan,” kata pengurus besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh secara ringkas ketika dihubungi semalam.

Chong Wei, pilihan pertama yang sepatutnya menentang Avihingsanon Suppanyu pada perlawanan pertama, semalam memberi kemenangan percuma kepada pemain Thailand itu atas alasan kepenatan selepas mengharungi dua kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka Hong Kong dan Terbuka China sebelum ini.

Jagoan negara muncul juara berturut-turut kejohanan itu sebelum ini apabila menewaskan rakan senegara, Wong Choong Hann pada final edisi 2009, manakala tahun lalu beroleh kemenangan percuma selepas pemain Korea Selatan, Lee Hyung Il menarik diri pada saat-saat akhir menjelang aksi final.
 
Back
Top
Log in Register