BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Macam mana nak berjimat cermat?

Hidier

Legendary Member
gem
Messages
11,681
Joined
Feb 6, 2010
Messages
11,681
Reaction score
905
Points
161
Note : tak tahu nak post kat forum mana yang sesuai.kalau salah tempat, tolong kasitau ye.

Assalamualaikum.

Dulu, zaman saya budak-budak, ayah selalu bercerita kepada saya yang semasa zaman ayah budak-budak, harga barang-barang sangatlah murah. kagumnya saya waktu tu..
Sekarang bila dah besar gajah macam ni, teringat balik cerita ayah tu.
Mungkin cerita yang sama akan saya ceritakan kepada anak saya bila diorang dah besar sikit nanti.
"Jajan ni, zaman ayah kecik-kecik dulu, 20 sen jek tau harganya"..

Itulah realiti kehidupan.
Kalau dulu-dulu, RM10 dah boleh beli macam-macam,
sekarang ni, RM50 pon dah tak berapa nampak barang-barang yang boleh dibeli.
Kalau dulu-dulu, sayang nak pecahkan sekeping duit RM10 sebab takut cepat habis,
sekarang ni, sekejap jek boleh habis sekeping duit RM10 tu.

Memandangkan RM RM boleh mengalir laju untuk dihabiskan, tapi mengalir lesu untuk dapat,
apa kata kita cuba berjimat.
Buat yang ingin berjimat, mungkin kita boleh guna idea saya di bawah ni.[/B](idea jek tau..kalau ada salah dan silap, meh sama-sama kita betulkan).

1. Kurangkan makan di luar.
- Cubalah masak dan makan di rumah. Perbezaan terlalu besar di antara masak sendiri dan makan di kedai.
- Kalau waktu bekerja pulak, boleh la bawak bekal makanan yang dah dimasak kat rumah.
(Saya zaman sekolah rendah dulu, tiap-tiap hari bawak bekal yang mak masak. 50 sen yang ayah kasi, boleh di simpan).

2. Order air kosong
- Kalau takde pilihan, kena makan kat luar juga, apa kata untuk minuman, order je air kosong. Banyak beza harga di antara air kosong dan milo, sirap,air buah dll.
(Segan nak minum air kosong di kedai makan? wah..kita kan tengah bersembang tips untuk berjimat ni..hehe)

3. Kurangkan makan di Fast Food.
- Zaman sekarang ni, KFC, McDonalds, Pizza dll (sekadar menyebut beberapa contoh) bukanlah restoran yang asing bagi kita di Malaysia. Hampir setiap orang pernah makan di sini. Kepada yang kerap makan di restoren seperti ini, bolehlah kurangkan ye lepas ni...Kalau biasa makan sebulan 2 kali, cubalah kurangkan jadi sebulan sekali.

4. Merokok?
- Bab ni maybe sensitif sikit.hehe. Tapi kalau dapat berhenti merokok, memang banyak sangat jimatnya.
Bukan kurangkan merokok tau, berhenti terus. Ada berani? hehe.. :)

5. Jimatkan air dan elektrik
- Macam mana nak jimatkan air?
i. Tutup air sewaktu gosok gigi.
Biasanya orang suka biarkan air mengalir di singki ketika gosok gigi. Apsal ye?
ii. Tutup air ketika bersabun
Kalau mandi guna 'air hujan' tu, tutup lah sekejap air sewaktu bersabun. Kan dapat jimatkan air..

- Macam mana nak jimatkan elektrik?
i. Tutup kipas dan lampu di tempat yang tidak digunakan.
Tengok TV kat ruang tamu, tapi kipas dalam bilik tidur yang takde orang tu terpasang. Kan dah membazir elektrik tu.
ii. Seterika baju dalam kuantiti yang banyak untuk sekali seterika.

OK. 5 dulu idea dari saya.
Kawan-kawan ada idea lain tak yang bernas?
Meh berkongsi idea di sini.


http://hidier.wordpress.com
 
p keja naik moto,...
jgn nek kete...
dpt kurangkan kesesakan bagi yang kat bandar...
dpt berjimat dari minyak...
cepat sampai...

:)paid:)paid:)paid
 
Tambahan kepada no 5.
Jimatkan air dan elektrik.

1)Kumpul sebanyak mungkin baju dan pakaian yang nak dibasuh.Basuh seminggu sekali.jgn membazir dengan basuh skit2.

2)Jimatkan penggunaan elektrik.Cabut smua plug selepas kegunaan alat elektrik.ini boleh menjimatkan elektrik anda sehingga 70%!!!.
 
ukur baju kat badan sendiri...

jgn folo kawan2 jek.. ahaks.. agak2 x mampu.. abai kan dulu..

kenalpasti yg mane keperluan.. yg mane kemahuan
 
aku bg tip memang mudah....
biarkan dompet anda kosong. kurang² tinggal 5 hinggit aje...
sbb aku penah berjimat mcm tu.
memang berbaloi...:))
:)paid
 
aku bg tip memang mudah....
biarkan dompet anda kosong. kurang² tinggal 5 hinggit aje...
sbb aku penah berjimat mcm tu.
memang berbaloi...:))
:)paid


Btol, cara ni bnyak bantu aku nak berjimat cermat..Walaupun dalam bank ada duit tapi saje aje buat malas nak amik nak kasi feel jimat cermat tu datang.. :)):))
 
wah menariknya..nanti saya copy & paste komen2 kat sini masuk dalam blog saya tu ye..
best best idea kat CG ni..
CAYALAH!!!
 
mcm mana nk stop kan diri dari beli baju, kasut dgn make-up lagi??? haallpppp!!~X(~X(~X(
p/s: mmg buat sumer yg kt atas nie kecuali nomo 1.. tak baloi masak utk sorang jer
 
aku gne software money management ni Quiken Home & Business 2010. Bleh track&manage duit aku bulan2.. dari personal dan bisnes sekaligus... spe2 nak download link pm aku... pas pakai software nih sng aku manage duit aku bulan2.. bil/utang/kredit card semua bleh manage...
 
Back
Top
Log in Register