lala_lolo
Fun Poster
- Messages
- 387
- Joined
- Dec 13, 2009
- Messages
- 387
- Reaction score
- 12
- Points
- 15
Ini adalah monolog
Bebelan sendiri entah apa-apa
Monolog tentang manusia
Manusia yang macam-macam ragamnya
Aku juga manusia
Manusia yang dilahirkan dengan status ‘biasa’ sahaja
Manusia itu istimewanya adalah akal
Akal yang berkualiti, jauh perginya
Akal yang pendek, kosong isinya
Kesilapan itu sebahagian pembelajaran
Pembelajaran itu sebahagian kehidupan
Kehidupan itu satu pendakian
Tak larat Everest, Jerai pun OK
Apa guna tinggi nun di sana
Jika kita lupa siapa kita
Hidup kita taklah sempurna
Kerana sempurna itu hanya untuk Sang Pencipta
Tetapi ajaran-Nya,
Kita mesti mencari kesempurnaan
Saraf akal ini bertunjang
Lalu bercambah
Pemikiran kita sama,
Tapi tak serupa
Bila bersatu ia padu
Bila bercerai ia barai
Manusia ini gemarkan kuasa
Kuasa itu monopoli dunia
Ada yang ‘mesra rakyat’ mottonya
Ada yang diktator, berbesi kukunya
Kita manusia ada satu akal
Biarlah ianya kelas satu hendaknya
Bukan diletakkan di kelas tiga
Jika kita graduan,
Tak dipandang sebelah mata
Kemuliaan dicapai dengan akal dan adab
Bukan dengan asal keturunan dan bangsa
Bercakap itu seperti ubat
Sedikit di ambil, bermanfaat
Banyak di ambil, membunuh
‘over dose’ istilahnya
‘Maaf’ itu istilah keramat
Dapat membetul setiap kesalahan
Tetapi tidak semudah ungkapan
Nilai kemaafan hanya muncul,
Jika kita melupakan
Orang kata hidup ini satu perdagangan
Bukankah melempasi sempadan itu menguntungkan
Tapi kita tetap manusia
Melempasi sempadan itu merugikan
Kerana hidup kita,
Dikelilingi pembatasan
Manusia itu penuh kecintaan
Cinta itu tongkat kaki
Kaki itu untuk berdiri
Berdiri itu untuk berlari
Berlari pantas awal dari masanya
Itulah rahsia mereka yang berjaya
Sahabat itu perlu
Apa pula itu sahabat?
Aku petik kata Hukama;
“Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu”
Alangkah indahnya hidup dan kehidupan
Jika perkataan diserta perbuatan
Alangkah bagusnya teori serta hukum
Jika ditegakkan sesuai perlaksanaannya
Itulah manusia
Hidupnya terlalu mudah untuk lupa
“Sesunggunya para pelaku zuhud di dunia ini,
Mereka menjadikan redha Allah sebagai baju mereka
Dan cinta Allah sebagai alas tidur mereka”
Itulah kata-kata Khidir a.s
Dibebelkan oleh : Iliana
Jam : 8 Oktober 09 (3.15pm)
Bebelan sendiri entah apa-apa
Monolog tentang manusia
Manusia yang macam-macam ragamnya
Aku juga manusia
Manusia yang dilahirkan dengan status ‘biasa’ sahaja
Manusia itu istimewanya adalah akal
Akal yang berkualiti, jauh perginya
Akal yang pendek, kosong isinya
Kesilapan itu sebahagian pembelajaran
Pembelajaran itu sebahagian kehidupan
Kehidupan itu satu pendakian
Tak larat Everest, Jerai pun OK
Apa guna tinggi nun di sana
Jika kita lupa siapa kita
Hidup kita taklah sempurna
Kerana sempurna itu hanya untuk Sang Pencipta
Tetapi ajaran-Nya,
Kita mesti mencari kesempurnaan
Saraf akal ini bertunjang
Lalu bercambah
Pemikiran kita sama,
Tapi tak serupa
Bila bersatu ia padu
Bila bercerai ia barai
Manusia ini gemarkan kuasa
Kuasa itu monopoli dunia
Ada yang ‘mesra rakyat’ mottonya
Ada yang diktator, berbesi kukunya
Kita manusia ada satu akal
Biarlah ianya kelas satu hendaknya
Bukan diletakkan di kelas tiga
Jika kita graduan,
Tak dipandang sebelah mata
Kemuliaan dicapai dengan akal dan adab
Bukan dengan asal keturunan dan bangsa
Bercakap itu seperti ubat
Sedikit di ambil, bermanfaat
Banyak di ambil, membunuh
‘over dose’ istilahnya
‘Maaf’ itu istilah keramat
Dapat membetul setiap kesalahan
Tetapi tidak semudah ungkapan
Nilai kemaafan hanya muncul,
Jika kita melupakan
Orang kata hidup ini satu perdagangan
Bukankah melempasi sempadan itu menguntungkan
Tapi kita tetap manusia
Melempasi sempadan itu merugikan
Kerana hidup kita,
Dikelilingi pembatasan
Manusia itu penuh kecintaan
Cinta itu tongkat kaki
Kaki itu untuk berdiri
Berdiri itu untuk berlari
Berlari pantas awal dari masanya
Itulah rahsia mereka yang berjaya
Sahabat itu perlu
Apa pula itu sahabat?
Aku petik kata Hukama;
“Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu”
Alangkah indahnya hidup dan kehidupan
Jika perkataan diserta perbuatan
Alangkah bagusnya teori serta hukum
Jika ditegakkan sesuai perlaksanaannya
Itulah manusia
Hidupnya terlalu mudah untuk lupa
“Sesunggunya para pelaku zuhud di dunia ini,
Mereka menjadikan redha Allah sebagai baju mereka
Dan cinta Allah sebagai alas tidur mereka”
Itulah kata-kata Khidir a.s
Dibebelkan oleh : Iliana
Jam : 8 Oktober 09 (3.15pm)