BOCK
Legendary Member

- Messages
- 17,853
- Joined
- Sep 3, 2007
- Messages
- 17,853
- Reaction score
- 59
- Points
- 120
Oleh KHAIRI MOHAMAD
[email protected]
![]()
PENOLONG Setiausaha KAFA, Ariif Hassan memegang kepalanya selepas dilontar dengan botol air mineral pada aksi Liga Super antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin.
LUPAKAN hasrat untuk ke Old Trafford dan jangan berangan untuk membawa pulang piala jika aksi malam kelmarin berulang.
Itu suara hati penyokong setia penyokong Kelantan yang sangat kecewa dengan aksi tempang skuad Kijang yang tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di gelanggang sendiri, malam kelmarin.
Kelantan meniti sinar gemilang apabila nama mereka melonjak diawal saingan dengan mencatat enam kemenangan berturut-turut.
Namun, belum pun saingan Liga Super menutup tirai untuk pusingan pertama, aksi Kelantan mula goyah malah dimalukan di depan penyokong sendiri.
Buat pertama kalinya, gelanggang keramat Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, tidak lagi mampu untuk memihak kepada tuan rumah apabila tunduk 1-2 kepada Negeri Sembilan.
Benteng sang Kijang yang sebelum ini memang diketahui agak rapuh, mempamerkan aksi paling buruk sejak kempen Liga Super bagi musim 2009 bermula.
Sebelum ini, jurulatih Kelantan, Peter James Butler sedar mengenai bentengnya yang agak longgar tetapi tidak memandang masalah tersebut sebagai suatu yang kritikal.
Baginya, apa yang penting adalah tiga mata yang mampu dipungut tanpa memikirkan jumlah bolos dan selagi jentera penggempur mampu untuk mencetak gol ia adalah suatu yang baik.
Bagaimanapun, berdasarkan aksi malam kelmarin, Peter James perlu menimbang semula kenyataan tersebut.
Barisan pertahanan Kelantan yang memiliki pemain yang berpengalaman dan berstatus bintang seperti Ahmad Azlan Zainal dan Daudsu Jamaluddin, nampak seperti terlalu mentah.
Persefahaman yang masih kurang, masalah komunikasi, larian yang tidak bertenaga dan kelemahan mengawal pemain lawan merupakan antara 'lompang' yang perlu diberi perhatian.
Ramuan terhadap semua masalah tersebut perlu dicari segera oleh Peter James.
Jika tidak, penyokong Kelantan perlu menunggu lagi dan menerima hakikat bahawa musim 2009 bukan lagi tahun yang menjanjikan kebangkitan buat Kelantan.
Bagi penyokong Kelantan, tewas 0-3 ketika menentang Selangor adalah lebih bermaruah berbanding tumpas 1-2 kepada Negeri Sembilan kerana aksi yang tidak bermaya.
Mereka sepakat berpendapat, pasukan Kelantan layak menerima kekalahan tersebut memandangkan mereka memang 'main untuk kalah' ketika berdepan pasukan Hoben Jang Hoben itu.
Bagaimanapun, masih ada ruang untuk sang Kijang membaiki semua kelemahan tersebut kerana saingan liga masih panjang.
aisey ... kalah lagi