BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lulus PMR boleh ambil diploma

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
NILAI: Pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) berpeluang memperoleh Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam pelbagai kursus di 78 kolej vokasional seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sebagai permulaan sebanyak 15 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dijadikan program rintis bagi melihat keberkesanan kursus selama empat tahun itu.
Katanya, sebanyak 63 lagi SMV termasuk yang dalam pembinaan pada masa ini akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2015.

“Pelajar yang mengikuti pelbagai kursus di kolej vokasional akan memperoleh DVM dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia.

“Pendaftaran pelajar bagi aliran ini sejak awal tahun ini adalah 107 peratus daripada kapisiti sepatutnya dan ini menunjukkan permintaan adalah tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Karnival dan Ekspo Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA di sini, semalam.
Mohd Puad berkata, beberapa kursus sudah ditambah untuk memenuhi keperluan semasa antaranya kursus penerbangan.

Katanya, pihaknya juga sedang menimbang untuk mempelbagaikan lagi kursus dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi tahap kolej vokasional.

“Kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya ia mencapai standard bagi memenuhi pasaran semasa pekerjaan seperti yang sudah dilaksanakan di beberapa negara antaranya Finland.

“Pasaran kini semakin memerlukan lebih ramai pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja dan di kolej vokasional sebanyak 70 peratus pembelajaran berasaskan kemahiran dan 30 peratus akademik,” katanya.


sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LulusPMRbolehambildiploma/Article
 
boleh sambung U? atau sekadar melepasi kelayakan dalam pasaran kerja.
 
pastu nak sambung degree/ nak masuk keja gomen kena syarat amik SPM..sebelum buat benda nih ubah dulu syarat2 lain..abg ipar aku dulu dah kena..amik sijil kemahiran masa Vokasional..nak sambung level tinggil syarat kena ada SPM..abis turun naik kementerian sebab nak sambung belajar
 
aik...bestnye cmtu...untung diorg...
 
msia mmg kurang skill worker..bagus benda ni..
 
benda ni akan buat budak2 makin malas nk belajar...hbs PMR, smbung kemahiran dpt Diploma...pastu?
 
benda ni akan buat budak2 makin malas nk belajar...hbs PMR, smbung kemahiran dpt Diploma...pastu?

kerja mengikut kemahiran masing2..bagi aku idea ni bagus..fokus kepada kemahiran..dpt dip bleh trus kerja..skill dh ada..ni pilihan..terpulang la..kalau nk amek spm dulu pun x pe..tp brape banyak jer pelajaran di sekolah yg kita guna time kerja?
 
kang berlambak dip dlm pasaran keje... last2 x bernilai.. kalo nk fokus pada skill... x yh tgg PMR... dari sekolah rendah dah kene develop... tgk negara2 maju.. dak sek rendah pun dah mula masuk makmal... mesia? masuk dlm pusat penmulihan.... adoi...
 
Back
Top
Log in Register