BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Luluh hati ayah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
Luluh hati ayah
FB_IMG_1629462764645.jpg
FB_IMG_1629462766743.jpg

Seremban: Luluh hati seorang bapa apabila bunyi kuat yang didengari rupanya anak perempuannya dipercayai terjatuh dari Apartmen Taman Bukit Inai, Nilai, malam tadi, sebelum disahkan meninggal dunia.

Bapa saudara mangsa, Rusazuan Azmi, 33, berkata, ketika kejadian dia baru saja tiba di rumahnya di blok bersebelahan sebelum dihubungi abangnya kira-kira jam 9.30 malam.

"Abang saya memaklumkan anaknya yang berusia 13 tahun terjatuh sebelum saya bergegas ke blok apartmennya. Ketika tiba anak saudara saya masih lagi bergerak dan seperti menahan kesakitan.

"Saya menyangka dia mungkin terjatuh dari tempat rendah kerana tiada sebarang pendarahan sebelum menghubungi talian kecemasan," katanya ketika ditemui Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.

Rusazuan berkata, ketika kejadian, abangnya sedang mencari anaknya itu di sekitar apartmen selepas keluar dari rumah sebelum terdengar objek terjatuh.

"Daripada apa yang diceritakan abang, anaknya keluar ketika dia sedang berniaga. Secara tiba-tiba abang mendengar bunyi objek jatuh sebelum mendapati arwah terbaring di lantai.

"Tiada sesiapa yang nampak arwah terjatuh dari tingkat berapa. Bagaimanapun, selepas membuat pemeriksaan, saya menemui selipar dan telefon bimbitnya di bumbung apartmen berhampiran tangki air setinggi kira-kira 12 meter," katanya.

Rusazuan berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian dan tidak mempunyai masalah dengan ibu bapa.

"Saya meminta orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan sendiri berhubung kejadian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, polis masih menjalankan siasatan.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya ketika dihubungi, hari ini.


@hmetro.com.my
 
Back
Top
Log in Register