BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lukisan karya agung dirampas

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
ROME 6 Dis. - Polis percukaian Itali merampas lukisan-lukisan karya agung Van Gogh, Picasso, Cezanne dan lain-lain dalam satu serbuan ke atas aset-aset yang disembunyikan oleh pengasas syarikat produk tenusu, Parmalat yang bankrap, Calisto Tanzi.

Pihak berkuasa menganggarkan kesemua 19 buah karya agung yang disembunyikan di loteng dan bilik bawah tanah bernilai kira-kira AS$150 juta (RM540 juta).

Pendakwa raya, Gerardo Laguardia berkata, berdasarkan intipan terhadap perbualan telefon, pegawai percaya sekurang-kurangnya satu daripada lukisan yang disembunyikan oleh Tanzi akan dijual.

"Kami bernasib baik. Kami mengesan terdapat rundingan untuk menjual sebuah daripada lukisan tersebut sedang dijalankan sebelum menyerbu tiga buah apartmen di kawasan Parma, berdekatan ibu pejabat Parmalat," kata Laguardia dalam satu wawancara yang disiarkan oleh stesen Sky TG24.

Namun, beliau tidak dapat mengenal pasti lukisan tersebut.

Polis percukaian yang berpangkalan di Bologna, Kol. Piero Iovino memberitahu AP, pihaknya percaya kesemua lukisan tersebut iaitu lukisan air dan lukisan lakaran telah dirancang untuk dijual.

Menurutnya, bakal pembeli itu merupakan seorang rakyat Rusia yang berkemungkinan menetap di Itali.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada tangkapan dibuat ketika rampasan lukisan itu dijalankan.

Menurut polis percukaian, pendakwa raya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung aset-aset tersembunyi dalam kes kebangkrapan Parmalat.

Parmalat, sebuah konglomerat tenusu yang terkenal dengan produk tenusu bermula sebagai pengedar hasil tenusu kecil-kecilan sehingga berkembang maju dan menjadi sebuah syarikat makanan multinasional pada tahun 1990.

Syarikat itu bagaimanapun bankrap pada tahun 2003 dengan jumlah hutang bernilai 14 bilion euro (RM70 bilion).

Syarikat itu pernah bankrap sebanyak lapan kali dan menjadi syarikat korporat terbesar di Eropah yang muflis. - AP
 
kalo dpt jual..terus jd jutawan segera..
 
Back
Top
Log in Register