Ini Luka Modric pada usia 40 tahun.
Bukan di Major League Soccer, Saudi Pro League, atau mana-mana liga yang menawarkan kemewahan.
Modric sekarang beraksi di Serie A bersama AC Milan.
Dia masih lagi berada di sebuah liga yang berprestij, kelab yang setiap musim meletakkan target tinggi untuk menjuarai liga dan bermain di saingan tertinggi Eropah.
Mungkin umum sudah terbiasa dengan sebuah kata-kata dari bahasa Inggeris iaitu ‘aging like a fine wine’.
Dalam bola sepak, biasanya ia merujuk kepada mana-mana pemain yang sudah menua tetapi masih mampu memberikan persembahan yang tidak seiring dengan usianya.
Kita boleh bagi senarai pemain yang ada set permainan yang lebih menarik berbandingnya.
Tetapi, untuk cari seorang yang mampu kekal konsisten dan ada ‘longevity’ seperti Modric di pentas tertinggi, itu tidak ramai.
Dalam perlawanan menentang Bologna, dia siap menjaringkan gol kemenangan Milan, dan kemudian dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
Memang betul-betul ‘game changer’ meskipun gaya dah nak bersara.
odfc