BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lucu, wanita isi minyak petrol pada kereta hibrid

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
image.jpg





AMERIKA SYARIKAT - Lucu melihat gelagat seorang wanita dalam keadaan kebingungan apabila mencari tangki minyak pada kereta hibridnya di sebuah stesen minyak di sini.

Rakaman video berdurasi 2.07 minit itu telah dirakam oleh pengguna di stesen minyak hingga tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, sambil memegang nozel pam minyak, wanita itu tercari-cari tangki minyak pada kenderaan model Tesla S.

Dia dilihat cuba memasukkan nozel pam ke dalam pengecasan elektrik kereta setelah memasukkan kad perbankan di mesin pam minyak untuk membayar petrol.

Mungkin menyedari kesilapannya, wanita itu menutup semula pembuka tangki pengecas elektrik dan pergi ke arah ruang hadapan pemandu.

Namun secara tiba-tiba, bonet belakang kereta pula terbuka hingga mencuit hati netizen.

Selang 30 minit kemudian, seorang lelaki muncul bagi membantu wanita itu dan mungkin menerangkan bahawa keretanya itu adalah kereta hibrid, tidak perlu mengisi minyak petrol.

Rata-rata netizen turut mempersoalkan, kemungkinan kereta itu bukan miliknya tetapi kepunyaan keluarga mahupun pasangannya. -mirror.co.uk






sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/lucu-wanita-isi-minyak-petrol-pada-kereta-hibrid-1.917020





.
 
Tesla S ni kereta elektrik bkn kereta hybrid..kalau hybrid mmg la kena isi myk...wartawan ni pon.. :D
 
member dalam kereta gelak smapai puas...baru lah pi tolong
 
silap translate news ni. kereta hybrid dgn letrik tak sama
 
Tesla S ni kereta elektrik bkn kereta hybrid..kalau hybrid mmg la kena isi myk...wartawan ni pon.. :D

tu la pasal..tajuk kt youtube pun tulis electric car..:)):))
 
Back
Top
Log in Register