BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lubuk rezeki pendatang asing

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


IPOH - Serbuan mengejut yang dijalankan oleh Jabatan Imegresen Negeri di sebuah pasar raya besar dan terkemuka di bandar raya ini, petang kelmarin berjaya mendedahkan bahawa premis berkenaan menjadi lubuk rezeki pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam kalangan warga Pakistan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid memaklumkan, serbuan berkenaan telah dilakukan pada jam 6 petang membabitkan seramai 17 anggota dari jabatan berkenaan.

Menurutnya, seramai 15 lelaki warga Pakistan berusia antara 20 hingga 38 tahun telah diberkas dalam serbuan itu selepas didapati menyalahgunakan pas lawatan masing-masing.

"Melalui pemeriksaan yang dijalankan, kami mendapati sesetengah daripada mereka mempunyai pas lawatan kerja sementara untuk bekerja di sektor pembinaan atau pertanian.

"Mereka didapati telah menyalahgunakan pas lawatan yang dikeluarkan dan kebanyakan yang ditahan dipercayai bekerja atau menjalankan perniagaan di premis menjual pakaian, makanan, permainan serta permaidani di pasar raya berkenaan," katanya.

Irwan berkata, sehubungan itu kesemua lelaki warga Pakistan itu telah ditahan di bawah Seksyen 51(3) Akta Imigresen 1959/63 (akta 155) kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama, iaitu tinggal dinegara ini tanpa pas yang sah.

Katanya, semua yang diberkas turut melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, iaitu melanggar syarat pas dikeluarkan.

Sementara itu beliau turut memaklumkan, dalam kejadian berasingan anggota Imigresen terpaksa bertindak memecahkan pintu hadapan sebuah rumah sewa dalam bandar raya ini apabila penghuninya dipercayai warga asing enggan membuka pintu walaupun telah diketuk berulang kali.

"Selepas 30 minit anggota imigresen mengetuk pintu dan memanggil penghuni rumah itu, akhirnya mereka terpaksa bertindak memecahkan pintu dan telah menemui sepasang suami isteri warga India berusia lingkungan 40-an dalam rumah.

"Mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah. Namun dengan tindakan pantas anggota kami, mereka berjaya dicekup," katanya.

Tambahnya, setelah siasatan dijalankan, pasangan berkenaan didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah untuk berada dalam negara ini dan mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut.



sumber;http://www.sinarharian.com.my/lubuk-rezeki-pendatang-asing-1.174367
 
kasi bersih semua.. rakyat kita sendiri susah nk berniaga sebab makluk2 ni. harap penguatkuasa selalu buat operasi macam ni... jgn bagi muka. baru rakyat akan pandang positif pada pemimpin... jika boleh sita je kedai tu. bagi pengajaran pada pemilik agar nk upah org carilah org tempatan.
 
Back
Top
Log in Register