BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Luahan Perasaan Syaitan

lokman1970

Fun Poster
Messages
819
Joined
Jul 22, 2011
Messages
819
Reaction score
259
Points
31
Sejak mula diciptakan, aku akui dan percaya bahawa Allah adalah Tuhanku dan Tuhan segala makhluk yang ada dialam ini. Aku pun tahu dan menyedari segala sifat keMahaan yang disandang Tuhan. Dia Mahamengetahui , bahkan keatas yang segala belum terjadi. Lagi pula, Dia Mahakuasa atas segala-galanya. Kehendaknya tidak patut ditanya . Bila berkehendak, Tuhan cuma kata Kun maka Fayakun lah ia.

Tidak sebesar dzarrah pun rasa benci atau anti kepada Tuhan pernah menyelinap dalam diriku. Justru aku amat menyedari keberadaanku bukan diluar jangkaan Allah. Secara objektif, aku berada dibawah kawalan dan kekuasaan Allah sepenuhnya. Jadi pastilah aku tetap dikendalikan oleh Tuhan sesuai dengan kehendaknya. Bahkan akulah makhluk yang paling lemah yang pernah diciptakan oleh Allah.

Sudah tentu Tuhan mengetahui apa yang akan aku lakukan sebelum aku dijadikan. Ketika Dia memerintahkan aku sujud kepada Adam, tentu Dia tahu bahwa aku enggang untuk sujud. Dengan demikian, kalaupun kemudian Tuhan mengutukku dan mengusirku dari syurga hanya kerana tidak sujud kepada Adam , kufikir ini cuma persoalan teknik sejarah belaka.

Kerana itu cuba renungkan baik-baik: Tuhan sengaja menciptakanku untuk menjadi pembangkang, lalu mengutukku dan mengusirku dari syurga. Akan tetapi Dia mengizinkan bahkan memberi kesempatan begitu luas kepadaku untuk menggoda Adam beserta seluruh anak keturunan Adam, bahkan memberiku kemampuan melancarkan berbagai teknik. Aku dengan mudah dapat menpengaruhi manusia dengan bisikan-bisikan halus hingga manusia tidak perasan sebagai bisikanku. Semua dapat aku lakukan dari satu tempat yang tidak ternampak oleh mata. Tentu saja sangat mungkin tanpa manusia sedari kehadiranku, sedang manusia pun sudah pasti tidak dapat melihatku, apalagi mempengaruhiku.

Jadi kalau bukan kerana teknik sejarah(yang sudah tertulis), bukankan lebih baik bila Tuhan menjaga Adam dengan tidak perlu menciptakan aku, atau sekurang-kurangnya tidak memberi kesempatan menggodanya. Oleh itu Adam dan Hawa tidak akan ternoda dan boleh terus menetap disyurga. Kalau pun keduanya tetap diturunkan kebumi dan berketurunan, mereka dapat hidup dengan damai tanpa hasutanku. Dengan demikian anak cucu adam tetap dalam kesucian selamanya.

Tapi kalau demikian halnya apa jadinya kehidupan ini. Hidup menjadi seragam dan linier dan lurus bagai jejak meteor jatuh dari langit dan akibatnya tentu tiada istilah perjuangan. Padahal hidup dikatankan hidup justru kerana adanya perjuangan. Dalam perjuangan ini mungkin seseorang akan menemui dirinya dan kebermaknaannya atau sebaliknya kehilangan dirinya dalam kenaifan.

Jadi atas terusirnya Adam dan Hawa dari syurga, kukira manusia tidak perlu menyumpah dan menimpakan kesalahan kepada nenek moyang sendiri sebagai orang berdosa. Mereka sudah memilih jalan yang benar . Mereka melakukan itu demi misi sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Keluarnya nenek moyang kamu dari syurga kerananya perlu dianggap semata-mata persoalan teknik sejarah yang tertulis lebih awal. Hanya teknik perpindahan wajar dalam peoses perancangan panjang Allah.

Hidup memang bukan asal diri ini ada, melaikan memerlukan proses menjadi diri sendiri.

Adapun perananku dalam proses itu kecil sahaja, sekadar menunjuk jalan , boleh dikatakan sebagai pemberi pencerahan.
Jadi anda wahai manusia tidak perlu menuduhku atau anggota Keluarga Besar Syaitan (KBS) sebagai makhluk yang mencelakakan bapa dan ibumu Adam dan Hawa. Sebagaimana Adam dan isterinya memiliki misi tersendiri, aku pun mempunyai misi tersendiri pula. Adalah bijaksana bila manusia berterima kasih kepadaku: Kerana Aku, Anda hadir di Dunia.
 
Last edited:
hanya kpd yg memahami erti 'hidup' pasti akan tersenyum kerana telah menemui Jalan Yg Lurus.
 
syaiton dan keluarga mereka dan konco2 mereka dari kalangan jin dan manusia itu kekal dalam neraka..

Adalah bijaksana bila manusia berterima kasih kepadaku: Kerana Aku, Anda hadir di Dunia.

tidak bijaksana..Allah yang menghadirkan dan mengtakdirkan segala sesuatu..
 
Luahan secara retorik sahaja. Bukan betul2 luahan dari syaitan. Takut ada pula yg betul2 percaya kang.
 
jangan sampai syaitan pun geleng kepala tengok perangai kita.:))
 
tak nak sujud kpd selain Allah..
tak putus asa nak goda and sesatkan manusia sampai kiamat walaupun dijanjikan neraka..
tak kisah kena cacian kutukan manusia dari dulu sekarang dan akan datang..
tu antara sifat baik iblis..huhuhu
 
perhhhh!!!.. mendalaaaaam sungguh luahan perasaan nie... terlampau retorik dan ade unsur hasutan... hahahaha

FIKIR, FIKIR, FIKIR, FIKIR!!!!!!!!
 
Back
Top
Log in Register