petang2 layan lagu lama
di malam malam sepi bilaku sendirian
kisah yang silam datang menjelma
walaupun semuanya telah berlalu
tapi tetap segar di dalam ingatanku
nurani kau lambang cintaku
oh nurani namamu sentiasa di hatiku sayang
masih segar dalam ingatanku di hari pernikahan kita
ku cium tanganmu dan kau mengucup dahiku
kuterasa sungguh bahagia kerna dapat hidup bersamamu
moga kasih sayang kita kekal untuk selamanya
tapi sedikit tak kuduga ia hanya sebentar sahaja
kasih yang diikat telah terlerai juga
semasa kepulanganmu kau ditimpa bencana
kau tinggalkan diriku untuk selama-lamanya