Govt?
= yup. gomen
Klinik Tangling dan klinik optometri tu dekat² ke?
= jauh juga. dalam 10km. tapi boleh naik bas percuma GoKL red line pergi ke hkl dari tangling. cuma kena jalan sikit dari tangling ke bustop depan masjid negara, tunggu bas kat situ. bas tu percuma.
Anda pelanggan tetap?
= yup. tetap. sbb untuk memudahkan pemantauan sbb rekod gigi / mata semua ada dengan mereka. better pergi hanya satu klinik sahaja supaya mereka dapat pantau kesihatan kita dengan rekod yg mereka ada. jika bertukar2 klinik, nnti rekod perubatan berterabur di merata2 klinik.
Cuci gigi tu ada dalam 30 minit?
= dalam 20 min dah settle. cuma akan lama kalu ada gigi lobang nk kena tampal. tampal gigi rm5/tampalan. kalu gigi kurang plak, 10 min dah settle.
tambahan: klinik gigi sebelah klinik kesihatan tangling. kalu batuk demam, boleh pergi dapatkan rawatan sekaligus sbb sebelah2 je. kalu nk sarapan (bukan dlm ramadhan), leh pegi makan kat cafe depan.