klu aku taw dia mcm nie, xdenya nk nikah ngan dia thn lps....rela bujang dr kawen dpt mcm ni...ada petua2 atau cadangan x nk bg tuk pemalas ni
Kadang-kadang, ada masa-masa tertentu, kita macam menyesal dgn apa yg kita pilih.. kita tertanya-tanya, adakah kita dah buat keputusan yg salah? Adakah kita buat keputusan yg betul? Tapi apa yg nyata ialah, kita dah buat pilihan, kita dah kahwin pun dengan orang tu, jadi nak tak nak, kita kenalah tanggung akibatnya, walau sukar macamana sekalipun.
Kadang-kadang, Allah sengaja bagi kita pasangan yg seolah-olah tak tepat utk kita, sebenarnya untuk menguji kita, utk menghapuskan dosa-dosa kita yg lalu, utk mengajar kita dan mendidik kita menjadi manusia yg lebih mengerti, lebih bersabar dan lebih bertenang dalam kehidupan. Allah tak beri ujian saja-saja... kadang-kadang ujian itu utk mematangkan kita sebenarnya..
At the same time, usahakanlah supaya pasangan kita tu berubah menjadi lebih baik. Banyak cara. Bicara hati ke hati, luahkan segala yg terpendam dlm hati dengan perasaan yg tenang, tak perlu tinggikan suara. Boleh juga bawa pasangan jumpa kaunselor di pejabat agama atau kaunseling masyarakat.
TAPI, paling penting, kena rajin solat dan doa hari-hari kat Allah, minta Allah bantu ubah hati pasangan sebab Allah lah yg memegang hati manusia... mintalah Allah tunjukkan yg terbaik.
Namun, sekiranya kita dah berusaha sehabis daya, dan akhirnya terbukti, memang pasangan kita bukan yg terbaik utk kita, pada masa tu, terimalah dgn hati terbuka dan move on dengan kehidupan. Jangan menyalahkan sesiapa, jangan menuding jari. Semua perkara yg berlaku, ada hikmahnya. Dan hikmah itu tak semestinya kita terus nampak pada masa itu juga. Mungkin bertahun-tahun selepas itu baru kita nampak hikmahnya.
Bersabarlah... dan berusahalah...
Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah, ayat 216