BTC USD 83,397.1 Gold USD 4,109.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

^^Luahan Hati^^

saja nak luahkan pe terbuku dihati...

atas kegagalan semua dalam kisah cinta lalu, aku rasanya serik nak bercinta..aku jadi agak takut nak ada komitmen dalam hidup, dengan kerja
yang menuntut aku ke luar negara setiap bulan. takutnya aku dengan kesilapan2 lalu yang menghadiahkan 'kos yang amat mahal' untuk aku iaitu putusnya hubungan cinta. sebenarnya aku dah pernah kawen usia yang sangat muda bagi lelaki iaitu pada usia 21 tahun selepas aku tamat diploma. tetapi perkahwinan kami tidak bertahan lama dek cemburu membuta si isteri, cukuplah sekadar itu, aku memang tidak mahu menceritakan aib2 dia lagi. selama 6 bulan aku cuba pertahankan perkahwinan aku tapi Allah Maha berkuasa dan lebih mengetahui.. aku bercerai pada usia 22 tahun.

panggilan duda memang tak ingin aku akui...dan aku tak pernah mengaku setiap kali aku berkenalaan dengan mana2 perempuan. aku kecewa sgt sebab cinta kami yang bersemi selama 6 tahun boleh berakhir dalam 6 bulan. aku memang sgt2 kecewa.. bila aku kenal dgn seseorg, memang aku akan berahsia tentang beberapa perkara terutamanya bab keluarga... aku takut benda sama berulang, kepada si 'E' yang pernah aku cinta dan kenal dari CG aku minta maaf tak dapat bercerita semua pasal aku, keluarga aku...

aku ambik masa yang lama utk lupakan si 'E' ni... tapi skrg hati lelaki aku sekali lagi terusik oleh seseorang yang menggunakan nickname 'K' . Aku selalu membaca post2 dia di luahan hati, dan juga thread2 dia..yang aku ingat pernah dia cerita sal moto dia hilang. tapi sayangnya dia ni akan menjadi milik seseorang...dan suatu hari aku melihat post2 kekecewaan beliau di thread luahan hati ini dan akhirnya aku dapat tahu pengantin lelakinya tak datang. Perasaan aku masa tu bercampur gaul, marah , sedih dan gembira. Marah kerana perbuatan lelaki itu. Sedih pula sebab mengenangkan si 'K' dan keluarga yang kesedihan dan menanggung malu. Dan...Gembira kerana.... mungkin ini peluang untuk aku. Siapa tahu kan? aku dan dia....

tapi buat masa ni aku rasa sgt tak proper bagi aku terus memulakan langkah drastik. Biarlah dia bertenang dulu.. dan aku dah malas nak bercinta jarak jauh lagi. Biarlah saat aku memutuskan untuk menghampirinya aku akan berjumpa face to face dengannya, biarlah dia lihat diri aku depan2, dan biar dia kenal mak ayah aku sekali, andainya aku ditolak waktu itu aku dah bersedia dan berpuas hati, dan andainya salam perkenalan aku disambut baik, aku akan minta mak ayah aku terus meminang dia.

kepada 'K' walaupun anda kena ban, saya nak ucapkan terima kasih kerana menghadirkan sekali lagi rasa cinta dalam diri saya. harap pintu hati awak tak tertutup dek kerana angkara seorang 'lelaki' tak berhati perut itu. Terima kasih.

Xpe bro..insya'allah, ade jodoh, dapat la org sesuai..

Hmm..aku x kenal lame kaishi (tgk join date aku)..tp sempat la borak few issues dgn die..

Personally aku rase die ade "aura" tersendiri..something special bout her..jadi x heran kalau ramai minat die..

P/s: kalau kaishi terbace ni, just nk gtau, be safe wherever u r..jgn patah semangat atau serik utk bercinta lagi..cinta dan jodoh milik kite semua:)
 
macamana ko tau 'K' yang aku maksudkan tu kaishi bro?:-?
 
Merindui si bintang nun jauh di langit tinggi

merana diamuk rindu...

merayu sehingga merana...
 
Xpe bro..insya'allah, ade jodoh, dapat la org sesuai..

Hmm..aku x kenal lame kaishi (tgk join date aku)..tp sempat la borak few issues dgn die..

Personally aku rase die ade "aura" tersendiri..something special bout her..jadi x heran kalau ramai minat die..

P/s: kalau kaishi terbace ni, just nk gtau, be safe wherever u r..jgn patah semangat atau serik utk bercinta lagi..cinta dan jodoh milik kite semua:)

i just miss u guys!

hahahahhahahahah

ok sebab dah banyaaakkk kali PM admin mintak maaf semua, nak betulkan keadaan, dan malas nak pusing2 kepala fikir benda yang ntah bila nak habis ni, tapi tak ade feedback ape2, jadi mungkin kaishi memang dah tak boleh nak dihidupkan kat sini.... its ok..

kaishi rasa kita sama2 la doakan hidup semua orang aman damai, teruskan kehidupan kita whatever pon yang kita tengah hadap skrg, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan, ada banyaaakkk hati yang kaishi kene jaga, family kaishi, dan family orang lain, doakan la diorang hidup aman bahagia, walau mcmane cara pon, dan ape sekalipun, kaishi jugak salah dlm hal ni, kaishi seorang yang gagal, dan kaishi akui perkara tu............

dah mcm drama, tapi ni hakikat, kenyataan hidup yang memang perlu diterima, kaishi bersyukur dengan semua ujian ni, kadang2 memang lelah, memang penat nak hadap, sampai satu tahap dah bosan dah dengan semuaaaa ni, tapi fikir side lain, ada sebab kenapa kita diuji, satu demi satu terbuka depan mata, tapi kaishi tetap ckp, ade salah kaishi, gagal mengawal emosi, dan kaishi ambil sebagai satu pengajaran hidup yang paling2222 bermakna.....

menerima macam2 jenis hentaman, dan terpaksa tinggalkan family kat sane, family lagi hadap mcm2 jenis ckp2 orang dan mcm2 jenis hentaman yang secara senyap, ALLAH lebih tahu, perittt,... sebab tak dapat nak hadapi sama2, doakan family kaishi kat sana tu aman damai dan tenang.............. tanpa diorg, siapa la kaishi, dan kaishi seorg yang gagal pertahankan maruah diorang, kalaulah boleh ditebus setiap air mata yang gugur tu dengan nyawa, memang kaishi sanggup.....................................

jadi dengan ikhlas dan jujur, memang kaishi doakan diorang bahagia, doakan sampai ke syurga berkekalan............... dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah........ mereka berhak bahagia, sebagaimana kaishi pon akan bahagia satu hari nanti,

tak tahu nak ckp mcmane, tapi semoga ALLAH je balas segalaaaaa doa2 kalian, kat mane2 pon yang baca kisah2 kaishi ni, ambil la segala yang positif, kalau ade yang lelah sebab masalah2 cinta sesama manusia ni, kalau dha rasa tak kuat nak hadapi dugaan ni, dan kalau perlukan kekuatan untuk teruskan hidup, ambil iktibar kisah2 kaishi ni, ambillah ketabahan dan kekuatan kaishi yang ada ni untuk teruskan hidup...

sebab perjalanan kat dpan tu masih panjang dan masih jauh..........sangaaaattt panjang.... kita tak tahu ape akhirnya, kaishi sendiri tak tahu ape akan jadi lepas ni, cuma berharap, kite semua berhenti dan doakan yang terbaik untuk semuaaa pihak.....

p/s: sorry ea ayah, xmo marah ea, tak hensome kang! akak tak tahu dah mcmane nak login,
 
Last edited:

yes..still a long journey
 
Back
Top
Log in Register