BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

luahan hati aku

trust me

Active Member
Messages
1,159
Joined
Jul 7, 2008
Messages
1,159
Reaction score
68
Points
30
PRU 13 | Harapan saya semoga keputusan PRU13 esok menjadikan kita rakyat atau pemimpin negara yang matang berpolitik dan semakin mendekatkan diri kita dengan AllahApapun keputusan PRU13 esok, ingatlah! semua di bawah IZIN ALLAH! sehelai daun yang jatuh di atas batu yang hitam di tengah malam pun Allah TAHU dan bila Allah izinkan sesuatu, PASTI ADA HIKMAHNYA!JIKA BN MENANG--------------------Jika BN masih di IZINKAN oleh Allah untuk terus memerintah, bagi penyokong PR terimalah dengan hati yang terbuka & redha - walau anda rasa BN menang dengan apa cara dan taktik sekali pun! sebab saya yakin Allah itu mengilhamkan sukma kebaikan dan keburukan, beruntung bagi yang mensucikannya, merugilah bagi yang mengotorinya. Bila Allah IZIN, walaupun pahit, terima lah! pasti itu yang terbaik!Jika BN menang, harapan saya semoga Pemimpin BN yang di beri peluang lagi oleh Allah ini, refleksi lah! bahawa sesungguhunya Allah sangat Maha Pengasih & Maha Penyayang.Semua manusia banyak kesilapan dan dosa namun Pengampunan dan kasih sayang Allah sangat luas, nikmat yang diberi sangat besar! sehingga tak nampak kesilapan & dosa kita. Justeru itu, saya mengharap pemimpin BN agar ambillah peluang untuk benar-benar menjalankan tanggung jawab yang sebaiknya untuk perpaduan, keselamatan, kesejahteraan SEMUA KAUM tanpa mengira BANGSA dan AGAMA, kerana kita semua adalah ciptaan Allah.Harapan saya juga, semoga BN menjadikan keadilan dan kesaksamaan sebagai prinsip pemerintahan, golongan miskin di berdayakan dan golongan kaya pula terus di beri galakan secara adil untuk terus menyumbang membangun ekonomi negara.Ini Mungkin kemenangan terakhir BN, ini mungkin PELUANG TERAKHIR BN yang Allah bagi untuk BN membuktikan BN adalah yang terbaik di atara yang terbaik! BUKTIKANLAH!JIKA PR MENANG------------------Jika kali ini Allah PILIH PR sebagai pemenang amanah yang baru.. Minta ampunlah Pada Allah! kerana sesungguhnya kemenangan itu adalah satu tanggung jawab yang sangat berat. Tanpa bantuan dan kasih sayang Allah PR takkan mampu mentadbir amanah dengan adil dan saksama.Jadikan amanah yang Allah beri ini sebagai bukti Allah mendengar harapan dan doa Rakyat yang tertindas, rakyat yang sangat dahagakan pembelaan dan pemberdayaan. Jadikan juga amanah ini sebagai semangat untuk terus memberi galakan kepada golongan kaya untuk terus menambah nilai ekonomo negara secara adil dan saksama.Jika PR menang, harapan saya agar pemimpin dan penyokong BN terimalah dengan hati yang terbuka. Ingatlah semua yang berlaku adalah dengan IZIN ALLAH! berterima kasih lah pada Allah yang telah memberi peluang yang lama untuk BN berkuasa. Apabila Allah IZIN berlaku, itu lah yang terbaik!Harapan saya buat semua penyokong BN & PR,Kita semua adalah dari asal yag SATU. Kita semua adalah manusia - Bersaudara! perbezaan pendapat antara kita itu sangat perlu sebagai 'check and balance' sahaja. Bukan untuk menjatuhkan maruah satu sama lain. Bukan untuk kemusnahan satu sama lain.*BN & PR sama-sama manusia, tidak sempurna dan penuh kelemahan, namun kita boleh saling lengkap melengkapi satu sama lain!Tanpa bulan, malam tidak bercahaya! Tanpa kegelapan, masakan kita kenal cahaya?Jadikanlah perbezaan pendapat ini hanya sekadar medium dan proses untuk merealisasikan negara MALAYSIA yang sejahtera, makmur dan penuh muhibbah! Namun ingatlah! Matlamat tidak boleh menghalalkan cara!Pendapat kita mungkin KEKAL, mungkin juga BERUBAH - semua dengan izin ALLAHWalau apapun TERIMA LAH, jalani lah ia sebagai satu proses mematangkan kita sebagai rakyat, sebagai pemimpin dan sebagai sebuah negara.Saya sayang Malaysia,
 
aduh tt..hrap buat space ckit tt..susah ak nk bca...
 
282256_589666937733096_834594111_n.jpg
 
harapan saya...kasi perenggan maaa...
 
sama juga dgn harapan yang lain-lain,,

harap TT boleh buat perenggan elokelok,,
 
TT edit buat perenggan...klu sempat sebab esok dah mengundi..hahaha
den tetap PR...
 
Back
Top
Log in Register