BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LTA perkenal sistem AI guna kamera bas untuk kesan kesalahan trafik, kerosakan jalan raya

Bob_SG

Fun Poster
Messages
717
Joined
Jun 14, 2025
Messages
717
Reaction score
2
Points
25

LTA perkenal sistem AI guna kamera bas untuk kesan kesalahan trafik, kerosakan jalan raya​

screenshot-2026-08-21-140329.jpg

Bas Go-Ahead Singapore. (Gambar: Go-Ahead Singapore)

SINGAPURA: Sistem analisis video berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan kamera sedia ada di dalam bas bagi mengesan pemandu degil dan kerosakan jalan raya akan mula diperkenalkan secara berperingkat dari suku keempat tahun 2026, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (21 Ogos).

Sistem ini berupaya mengesan pemandu yang mencerobohi masuk lorong bas atau meletakkan kenderaan secara haram di tepi jalan, selain mengesan kerosakan prasarana jalan raya dan kerja-kerja jalan yang tidak mengikut peraturan.

IKLAN

Ujian rintis sudah pun selesai dijalankan, di mana sistem tersebut mencatatkan purata ketepatan 90 peratus merentasi pelbagai senario yang diuji. Ia akan diperluaskan secara berperingkat ke semua laluan bas menjelang tahun 2030.

LTA menyatakan teknologi ini bakal meningkatkan keupayaan pemantauan di seluruh rangkaian bas, sekali gus memudahkan kerja-kerja pembaikan atau penguatkuasaan dijalankan dengan lebih tepat pada waktunya.

“Penyelesaian berasaskan teknologi boleh memainkan peranan penting dalam meringankan tugas manual kapten bas (pemandu bas) dan membuka ruang baharu untuk kita menilai risiko keselamatan,” kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Pembangunan Negara, Sun Xueling.

Bercakap di Majlis Anugerah Keselamatan dan Sekuriti Pengangkutan Awam 2026 di One Punggol, Cik Sun menambah bahawa mengurangkan pencerobohan di lorong bas dapat mengelakkan situasi di mana kapten bas terpaksa membrek secara mengejut bagi mengelakkan pertembungan.

LTA juga akan melaksanakan fungsi pengumuman keselamatan audio secara automatik di seluruh rangkaian bas bermula akhir tahun 2027, seiring dengan usaha naik taraf Sistem Pengurusan Rangkaian Bas.

IKLAN

Pengumuman keselamatan dalam bentuk audio ini diuji pada 11 perkhidmatan bas sejak Ogos 2025, yang berfungsi untuk mengingatkan para penumpang supaya memegang pemegang tangan dan tiang sebelum bas mula bergerak.

“Ciri ini menerima maklum balas yang baik dan akan diteruskan pada perkhidmatan bas berkenaan,” menurut LTA.

KURANGKAN KELETIHAN PEMANDU

LTA turut bekerjasama dengan pengendali bas untuk menyemak semula 54 perkhidmatan bas yang mempunyai tempoh pemanduan melebihi dua jam.

“Bagi mengurangkan keletihan akibat pemanduan berterusan dan meningkatkan keselamatan, kami telah memendekkan masa pemanduan bagi kapten bas di 10 laluan yang melebihi dua jam,” kata Cik Sun.

IKLAN

“Ini termasuk mengubahsuai laluan atau memperkenalkan pertukaran pemandu di pertengahan laluan bagi membolehkan kapten bas kita berehat.”

LTA memaklumkan bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan pada 10 perkhidmatan bas itu juga merangkumi tindakan menukar perkhidmatan laluan gelung berterusan kepada laluan dua hala.

Langkah-langkah ini merupakan antara cadangan yang dikemukakan oleh Pasukan Bertindak Perikatan Tiga Pihak Keselamatan Bas pada Mac 2025 untuk memberikan sokongan lebih baik kepada kapten bas dan meningkatkan keselamatan bas.

Selain perubahan operasi bagi mengurangkan keletihan, kapten bas juga sedang menjalani latihan ulangan.

Setakat Julai 2026, 99 peratus daripada mereka sudah menyelesaikan program latihan ulangan Bus Captain Drive Safe, yang bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan dan memantapkan amalan pemanduan selamat.

IKLAN

“Kami berada di landasan yang betul untuk mencapai 100 peratus menjelang Oktober 2026,” kata Cik Sun.

“Ini mencerminkan komitmen teguh pengendali dan kapten bas kami terhadap pembelajaran berterusan dan pembangunan profesional.”

 
Back
Top
Log in Register