TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
LRT3 mula beroperasi 1 Mac 2025 - Anthony Loke
BernamaJulai 4, 2023 18:03 MYT
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menaiki tren dari Heavy and Light Maintenance Building (HLMB) Depoh Johan Setia ke trek percubaan ketika meninjau Projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KLANG: Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dijangka mula beroperasi pada 1 Mac 2025 akan memberi manfaat kepada dua juta penduduk, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata projek LRT3 kini sedang rancak dilaksanakan dan kemajuan pembinaan projek tersebut telah mencapai 86 peratus.
"Kerja-kerja pembinaan hampir siap, sekarang ini juga rancak dilaksanakan kerja-kerja berkenaan dengan sistem signalling dan sebagainya.
"Dijangkakan LRT3 mula beroperasi pada 1 Mac 2025 iaitu 18 atau 19 bulan dari sekarang, kita menjangkakan projek ini bakal memberikan kemudahan kepada lebih dua juta penduduk di sekitar pantai barat Lembah Klang terutamanya dari Petaling Jaya ke Klang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau perkembangan dan prestasi Projek LRT3 Laluan Shah Alam di Depoh Johan Setia, di sini hari ini.
Loke berkata projek yang menelan belanja RM16 bilion itu mempunyai 22 tren 3-gerabak dengan kapasiti 18,630 penumpang setiap jam.
"Kawasan ini padat dengan penduduk dan pembangunan, dijangkakan setiap hari kita boleh memberikan kemudahan kepada puluhan ribu penumpang menggunakan LRT3.
"Projek ini juga akan ada dua stesen pertukaran, iaitu di Bandar Utama yang menghubungkan laluan MRT Kajang Line ke LRT3 dan Glenmarie yang menghubungkan antara LRT Kelana Jaya Line dengan LRT3. Ia merupakan keterhubungan yang baik, di tengah-tengahnya ada jejambat yang menghubungkan kedua-dua stesen berkenaan," katanya.
Katanya, kesemua tren telah bersedia dan sedang diuji supaya dapat beroperasi dengan baik selepas dibuka selain ia mengamalkan teknologi hijau yang lebih mesra alam. -- BERNAMA
AWANI
LRT 3 Akan Mula Beroperasi Pada 31 Disember – Menyambungkan Bandar Utama dengan Klang
Perkhidmatan LRT 3 atau nama rasminya LRT laluan Shah Alam akan memulakan operasi bermula 31 Disember depan. Ini ialah tiga bulan lebih lewat berbanding tarikh asal 30 September lalu. Ini disahkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke semalam. LRT 3 kini sedang menjalani fasa akhir ujian dan pentauliahan. LRT laluan Shah Alam ialah perkhidmatan rel transit keempat di Lembah Kelang dengan ia akan dikendalikan oleh Rapid KL. Laluan akan mempunyai 25 stesen yang buat pertama kalinya terletak di luar sempadan Bandaraya Kuala Lumpur.
![]()
Ia menghubungkan stesen Bandar Utama di Petaling dengan stesen Johan Setia di Klang. Pembinaan laluan ini menelan belanja RM21.93 billion yang adalah lebih rendah berbanding kos anggaran asal RM31.65 billion semasa diluluskan pada tahun 2015. Apabila beroperasi kelak ia mampu membawa sehingga 39,260 penumpang setiap jam.