Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
Evora merupakan antara model kereta sport mewah yang dikeluarkan Lotus. - Agensi
LONDON 19 April - Perdana Menteri Britain, David Cameron semalam berkata, beliau telah meminta pemilik baru Lotus menjamin masa depan pengeluar kereta sport Britain itu, berikutan spekulasi operasi pengeluarannya mungkin dipindahkan ke luar negara ini.
Lebih 1,000 pekerja Lotus di sini khuatir syarikat DRB-Hicom dari Malaysia sedang mencari pembeli dari China untuk firma itu, yang model Esprit keluarannya menjadi terkenal kerana muncul dalam filem-filem James Bond.
"Saya ada membangkitkan isu ini dengan Perdana Menteri Malaysia dan dengan pemilik baru syarikat induk Lotus.
"Lotus memberi sumbangan penting kepada sektor automotif UK, sektor ini menunjukkan prestasi yang baik, saya ingin melihat Lotus berjaya," kata Cameron kepada Parlimen, berikutan lawatan ke Asia, minggu lepas.
Tambah Perdana Menteri itu, beliau ingin melihat Lotus mempunyai masa depan yang terjamin dan pihaknya sedang berhubung dengan syarikat itu serta memantau situasi dengan rapi sekali.
DRB-Hicom membeli Proton, syarikat induk Lotus, pada Januari lalu dan berkata, penjualan firma Britain itu boleh dipertimbangkan. - Reuters