BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lokasi maksiat terbongkar

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KULIM - Masalah sosial remaja semakin membimbangkan setiap hari.

Sebelum ini SH pernah membongkar aktiviti menghidu gam dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan di sekitar kawasan jirat Cina di Taman Cendana sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT).

Semalam, SH membuat pemantauan di sekitar kawasan itu sekitar jam 1 pagi dan menemui kawasan tersorok dipercayai digunakan remaja untuk melakukan hubungan seks.

Dari tinjauan dibuat mendapati, banyak seluar dalam dan coli wanita dibuang di kawasan itu.

Apa lebih menjijikkan apabila kondom yang sudah digunakan bertaburan di kawasan itu.

Pegawai Agama Daerah Kulim Kedah, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, ibu bapa seharusnya dipertanggungjawabkan sekiranya ada dalam kalangan anak mereka terlibat dalam masalah seumpama ini.

“Ibu bapa terlalu banyak melimpahkan kemewahan kepada anak-anak mereka. Selain itu, anak juga diberikan telefon bimbit yang canggih di mana mereka boleh memuat turun pelbagai aksi lucah di dalamnya,” katanya.

Dari tangkapan dibuat oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) terhadap pasangan yang melakukan maksiat selalunya adalah pelajar.

Beliau tidak menafikan pelajar lelaki dan perempuan hari ini lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan cinta dari menimba ilmu pelajaran.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Elyas Saad berkata, bagi pelajar Tingkatan Lima dan Tiga khususnya, mereka seharusnya mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semakin hampir.

“Baru-baru ini, dua laporan polis dibuat apabila dua pelajar perempuan yang masih menuntut dirogol oleh teman lelaki mereka. Dari maklumat saya terima, kedua-dua mangsa ini sering melihat aksi lucah dalam telefon bimbit. Ini merangsang mereka untuk melakukan perlakuan tidak bermoral.

“Saya meminta PBT memantau perlakuan sumbang yang dilakukan oleh pelajar sekolah yang sering berkeliaran di pasar raya bersama teman lelaki masing-masing,” katanya.
 
biasalah jirat cina kat Kulim memang port diorang, lagi satu taman perumahan yg banyak kat Kulim tu pun port maksiat juga...:))
 
Hantu cina pun lari tgk hantu2 budak sekolah skrg ni..:))
 
wah..tempat tanam org mati pon jadi port..bale..bale..xde sape2 pi skodeng ke?
 
dulu, masa PAS mula-mula pegang Kelantan, berita maksiat majoritinya dari Kelantan.

sekarang, Kedah pula di bawah PAS, berlambak pula la berita maksiat dari Kedah.
 
Back
Top
Log in Register