BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Games) Logitech G Cloud Gaming Handheld Turut Rasmi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Hanya beberapa minggu lepas, Logitech G Cloud Gaming Handheld ini tertiris dan akhirnya ia rasmi dilancarkan malam tadi. Ia adalah konsol mudah alih yang menjalankan sistem operasi Android yang memfokuskan kepada penstriman permainan awanan.

G Cloud Gaming Handheld hadir dengan skrin 7-inci FHD IPS LCD, 60Hz, dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 720G dan dipadankan dengan memori 4GB LPDDR4X RAM dan storan dalaman 64GB.

Konsol ini menjalankan Android 11 dengan sokongan Google Play Store, tetapi fokus utama adalah untuk akses kepada Xbox Cloud Gaming, Nvidia GeForce Now dan Valve Steam Link. Aplikasi pelayar web Chrome dan YouTube turut akan sedia terpasang. Setiap perkhidmatan penstriman permainan ini juga bukannya integrasi secara terus, sebaliknya hanyalah aplikasi web sahaja.

Logitech-G-Cloud-Gaming-Handheld-Turut-Rasmi-02-950x462.webp


Logitech turut menyertakan pelbagai butang kawalan yang mirip alat kawalan Xbox seperti dua butang analog, D-pad, Y,B,A,X, beberapa butang tambahan untuk ke skrin utama, menu, butang bahu dan turut menyokong haptik dan giroskop. Konsol ini turut tidak menyokong kad SIM dan terhad kepada WiFi sahaja.

Logitech-G-Cloud-Gaming-Handheld-Turut-Rasmi-03-950x534.webp


Bateri konsol ini adalah 6000mAh dengan dakwaan bertahan sehingga 12 jam. Logitech turut bekerjasama dengan Microsoft, Tencent dan Nvidia bagi menjayakan produk ini. Harga jualan adalah $349.99 iaitu sekitar RM1,598. Memandangkan perkhidmatan penstriman permainan tiada di Malaysia, jualan mungkin terhad di pasaran terpilih sahaja.​
 
macam style je..bila masuk malaysia?
 

Logitech umumkan G Cloud, mungkin tidak tersedia di Malaysia​



FI-Logitech-G-Cloud-750x375.jpg





Terbaru, Logitech telah mengumumkan satu peranti baharu yang dikuasakan oleh Android iaitu G Cloud. Ia bakal dilancarkan pada 17 Oktober 2022 dengan berharga $349.99 (anggaran RM 1598.54) dan kami tidak pasti sama ada ia akan dibawa masuk ke Malaysia atau tidak.

Bekerjasama dengan Tencent Game, Logitech G Cloud dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 720G dan Octa-core CPU sehingga 2.3GHz. Resolusi yang tersedia adalah 1920 x 1080 FHD dengan skrin bersaiz 7 inci dan IPS LCD. Namun, refresh rate yang ada pada peranti ini hanya 60Hz sahaja.

Menurut Logictech, peranti ini dapat menyokong “cloud streaming” daripada pelbagai aplikasi. Anda boleh bermain pelbagai game dari Xbox yang menggunakan Xbox app, Steam game melalui SteamLink atau download aplikasi remote play, penstriman video dan banyak lagi.

07kNENJx79kjURVpkeuaXcj-1-1024x576.jpg


Memandangkan ianya peranti gaming handheld yang sama seperti Steam Deck dan Nintendo Switch, ia telah didatangkan dengan gamepad control termasuk dual analog stick, direction pad, four face button, four shoulder button, motion sensor dan force feedback.

Steam Deck dan Nintendo Switch sendiri masing-masing fokus pada platform masing-masing, Logitech G Cloud mempunyai fokus yang berbeza di mana peranti ini dibangunkan untuk tujuan “Cloud Gaming.” Tambah pula dengan menggunakan OS Android, sudah pasti anda boleh menggunakan Google Play untuk install pelbagai aplikasi daripadanya.


07kNENJx79kjURVpkeuaXcj-2.jpg


Saya ingin mengingatkan anda bahawa Logitech G Cloud bakal dilancarkan pada 17 Oktober 2022 dan tidak pasti sama ada ia akan masuk ke Malaysia atau tidak. Tetapi jika nak diikutkan, Malaysia masih tidak tersedia dengan “cloud gaming” dan mungkin akan dilancarkan pada negara tertentu sahaja.

Untuk spesifikasi penuh Logitech G Cloud, sila klik pautan ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai teknologi, game, anime dan banyak lagi daripada kami.
 
Back
Top
Log in Register