BTC USD 82,121.4 Gold USD 4,092.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Logam Bukit Jelutong emas *****

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
ALOR SETAR 5 Julai - Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang mengesahkan ketulan batu yang ditemui di kuari Kampung Jelutong, Mukim Tobiar, Pendang dekat sini bukan emas seperti didakwa penduduk.

Pengarahnya, Zainol Husin berkata, ketulan batu yang ditemui itu adalah mineral pyrite (FeS2) dan Arsenopyrite (Fe As S) atau dikenali juga sebagai emas ***** yang berwarna kekuningan.

Beliau berkata, ia kebiasaannya ditemui dalam batuan 'syal' atau sejenis batu lembut yang mudah pecah menjadi lapisan-lapisan nipis.

"Mineral ini tidak mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dan ia terbentuk dalam batuan sejak 200 juta tahun yang lalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tiga hari lalu, penduduk Kampung Jelutong berpusu-pusu mencari ketulan batu yang didakwa sebagai emas muda di tapak kuari Bukit Jelutong di sini.

Ia menyebabkan kawasan tersebut bagaikan pesta apabila diserbu penduduk yang ingin mencuba nasib mencari emas.

Hari ini, pihak Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah menjalankan uji kaji bagi menentukan sama ada ketulan batu tersebut mengandungi emas seperti yang didakwa.

Menurut Zainol, ketulan batu tersebut mengandungi sulfur dan boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat belerang dan kandungannya di bukit tersebut terlalu sedikit.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak meneruskan usaha untuk mencari ketulan batu di kawasan kuari itu kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

"Jangan mudah percaya dengan cakap orang ramai bahawa batuan ini adalah emas dan saya minta mereka jangan mencarinya lagi," ujarnya.

Sementara itu, seorang pencari batuan tersebut, Ahmad Affandi Saad berkata, dia akan menyimpan ketulan batu tersebut sebagai kenang-kenangan walaupun ia bukan emas tulen.

"Saya dapat cari dalam empat hingga lima ketul dan akan simpan batu ini sebagai perhiasan di rumah sahaja.

"Batu ini cantik dan bersinar-sinar apabila terkena cahaya dan saya tidak kesal walaupun ia bukan emas," ujarnya.
 
naya ja sapa dok p melombong tiap2 hari kat situ
huhuhu
 
tu lah dia..nak kaya cepat.nasib baik lom ada yg berenti kerje sbb nak cari emas sepenuh masa.
 
Back
Top
Log in Register