Salam dan Selamat Pagi!!
Lebihan Tunai
=============
Bagi anda yang merancang untuk dapatkan lebihan tunai, waktu yang sesuai untuk buat pembiayaan semula adalah selepas 3 ke 5 tahun. Ini kerana tempoh lock-in period sudah tamat.
Sementara itu harga pasaran pula ada peningkatan dan ini akan memberi ruang kepada kita mendapatkan lebihan tunai. Wang tunai yang akan anda dapat adalah perbezaan harga pasaran semasa dengan baki pembiayaan. Dalam tempoh ini juga baki pembiayaan semasa sudah berkurangan.
Sekiranya ada keperluan mendapatkan wang tunai samada untuk pelaburan, membeli rumah seterusnya, menambah modal perniagaan boleh mencuba cara ini.


