BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LKIM pantau diesel nelayan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Dari kiri: Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan Sri Muara Kartini Bujang, Timbalan Ketua Pengarah LKIM Abdul Rahman Ellis, Irmohizam dan Pengarah LKIM Sarawak M Saedon Ab Majid menunjukkan produk nelayan Sarawak yang dijual melalui van Fishpro Mobile.


LEMBAGA Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Diesel dalam masa terdekat sebagai langkah mengekang ketirisan diesel yang dibekalkan kepada nelayan.

Pengerusinya Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, jawatankuasa itu bakal diketuai Ketua Pengarah LKIM, Datuk Mohad Khazin Hamzah,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Persatuan Nelayan Kebangsaan dan beberapa agensi lain.

“Langkah yang diambil LKIM ini merupakan salah satu persiapan dalam memastikan tiada elemen negatif yang dilihat mampu menjejaskan pendapatan serta masa depan nelayan.

“Oleh itu, saya sarankan nelayan harus sentiasa berpegang kepada integriti supaya sektor perikanan negara tidak mengalami sebarang masalah,” katanya selepas melawat perkampungan nelayan sekitar Limbang, Sarawak dalam lawatannya ke negeri itu, baru-baru ini.

Irmohizam turut mengingatkan syarikat dan pengeluar minyak supaya memainkan peranan bersama kerajaan dalam memastikan bekalan minyak benar-benar sampai ke destinasi.

“Saya tidak mahu orang ramai meletakkan kesalahan kepada nelayan semata-mata dalam isu penyelewengan diesel tetapi semua pihak perlu memainkan peranan agar industri perikanan negara terus maju.

“Saya harap pengeluar diesel bertanggungjawab dalam menghantar diesel melalui lori-lori yang dilantik atau ke jeti yang ditetapkan tanpa menyeleweng bekalan itu," katanya.

Sementara itu, LKIM turut menyasarkan setiap negeri untuk mempunyai sebuah Fishpro Mobile menjelang hujung tahun ini.

Irmohizam berkata, Fishpro Mobile merupakan van bergerak yang digunakan untuk menjual produk perikanan dihasilkan nelayan mengikut negeri masing-masing.

“Kami sasarkan setiap negeri ada sebuah Fishpro Mobile sebagai permulaan dan akan kaji untuk tambah bilangannya jika ia berkesan.

“Bagaimanapun pasar nelayan masih akan dijadikan hab utama dalam memasarkan produk nelayan,” katanya.
 
Ketirisan dan penyelewangan bermula dari pihak atasan iaitu Agensi kerajaan...
Kenapa nelayan yang harus dipersalahkan????
 
diesel disalahguna..
orang yang sepatutnya dapat x diberi..
 
org bg diesel murah die pg jual

lg untung dr pg tangkap ikan
 
isu berkurun dah ni..

skarang baru nak start pantau ke..

sebelum ni buat ape..
 
Ketirisan dan penyelewangan bermula dari pihak atasan iaitu Agensi kerajaan...
Kenapa nelayan yang harus dipersalahkan????

Gwng nelayan ni bukan ke laut sgt pon . Dia org jual kupon subsidi kat third party ja
 
Back
Top
Log in Register