ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
IRMOHIZAM IBRAHIM (kiri) menyerahkan album gambar kenangan kepada Abdul Rahman Ellis dalam Majlis Perpisahan dan Penyerahan Tugas Ketua Pengarah LKIM di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL
KUALA LUMPUR 3 April - Peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga ikan segar dengan alasan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bakal berdepan tindakan disenaraihitamkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Menegaskan perkara tersebut, Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penipuan berhubung kenaikan harga ikan kerana makanan laut telah disenarai sebagai bekalan yang tidak dikenakan GST.
Katanya, pengguna juga dinasihatkan untuk tidak mudah terpengaruh dengan maklumat serta berita palsu yang tersebar kononnya harga makanan laut khususnya ikan telah meningkat kerana pelaksanaan GST bermula Rabu lalu.
“LKIM tidak akan berkompromi terhadap tindakan tidak bertanggungjawab peniaga yang menaikkan harga barang atas alasan dikenakan GST sedangkan kita semua sedia maklum, makanan laut merupakan bekalan yang tidak dikenakan GST.
“Pengguna juga diminta tampil membuat aduan terhadap mana-mana peniaga yang menipu dan sekiranya didapati bersalah, LKIM tidak akan teragak-agak untuk menyenarai hitam peniaga tersebut,” katanya kepada pemberita di Wisma LKIM, Puchong dekat sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Perpisahan dan Penyerahan Tugas Ketua Pengarah LKIM, Abdul Rahman Ellis yang bersara bermula hari ini selepas 35 tahun perkhidmatannya di agensi tersebut.
Dalam perkembangan lain, Irmohizam berkata, sumber perikanan di negara ini masih terkawal walaupun terdapat pengurangan pendaratan makanan laut tersebut yang kini mencecah lima peratus.
Katanya, pengurangan tersebut berlaku ekoran cuaca panas berpunca daripada fenomena Ekuinoks yang menyebabkan ikan tidak boleh membiak.