BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Liverpool LIVERPOOL tiada wang beli pemain

majapahit

Active Member
Messages
1,604
Joined
Jul 1, 2008
Messages
1,604
Reaction score
33
Points
30
LIVERPOOL kini lebih tertekan dalam usaha mengembalikan maruah mereka di kancah Liga Perdana Inggeris, kerana tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang membawa masuk pemain baru sebaik pintu perpindahan dibuka Januari depan.

Ia diakui penyerang prolifiknya, Fernando Torres yang menjelaskan Liverpool tidak lagi mempunyai kekuatan daripada segi kewangan untuk bersaing dengan kelab-kelab gergasi lain dalam melengkapkan kesebelasan utama terbaik.

Penyerang kebangsaan Sepanyol itu berkata, Liverpool kini terdesak memperkuatkan skuadnya tetapi tidak mampu membeli pemain berprofil tinggi menjelang musim perpindahan Januari depan akibat kekurangan dana.

"Jelas sekali kami memerlukan pemain baru tetapi situasinya amat sukar sekarang kerana kami tidak mempunyai wang untuk membawa masuk pemain terbaik," katanya.

Torres bagaimanapun tidak bersetuju dengan usaha membuang pengurus pasukan, Rafael Benitez, sebaliknya meletakkan kesalahan pada pemain sendiri.

"Kami adalah punca utama masalah ini, pemain-pemain yang sepatutnya mencari jalan penyelesaian atas kegagalan mereka. Pengurus tidak bermain, jadi kami yang sepatutnya memberi persembahan lebih baik," katanya.

Liverpool kini di tangga kelapan liga, tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara, sekali gus kehilangan pendapatan 20 juta pound (RM108 juta).

Kehilangan pendapatan itu menyaksikan pemiliknya dari Amerika Syarikat yang dibelenggu hutang 240 juta pound (RM1.3 bilion), terdesak untuk mengurangkannya.

Namun, ia berita baik buat Benitez kerana keadaan itu memaksa George Gillete dan Tom Hicks mengekalkannya sebagai pengurus apabila tidak mampu mendapatkan penggantinya. � Agensi

:-? betul ke takde wang?? ke salah manage? aku tumpang simpati la kat the kop ni.. jadi ke pak arab tu nk beli kop?? liga tak berseri takde saingan big four
 
Last edited:
dah tahu xde duit..
jual je la kat org arab tue..
baru ada dana nak beli player baru.
aduh..
 
mcm2 press ni...jeles tul ngan liverpool ni...ada jek bahan nak kasi panas line
 
brapa byk mau bukak thread ttg liv ni??
adoyai...
kalau ko rajin belek2 kat thread liv tu ko akan jumpa jwpan...
 
ala liverpool jd mcm arsenal jerk...
carik pemain muda yang berbakat...
jimat duit pastu x byk songeh
sbb pemain pro nih byk songeh gak...
 
org arab tu pun tkut nk amik alih liverpool ni sbb byk sgt hutang...

player muda liverpool sume xleh pkai..hrp je terer tym men kt liga reserve..bla men dkt liga utama hampeh...scout liverpool ni nk kena tukar ni..
 
Back
Top
Log in Register