tokmat™
CG Top Poster Club

- Messages
- 33,928
Paid Membership
- Joined
- Dec 23, 2005
- Messages
- 33,928
- Reaction score
- 287
- Points
- 136
sudah keluar jawatan IB di LFx.....Tawaran menjadi IB LiteForex di Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi meluangkan masa di sini. Sukacita dimaklumkan sejajar dengan pelan pengukuhan jenama LiteForex di Malaysia pihak kami berbesar hati mengumumkan kekosongan jawatan sebagai IB untuk 5 orang yang bertuah. Ini adalah sebahagian daripada pelan LiteForex untuk membuka pejabat-pejabat operasi di seluruh negeri di Malaysia dalam masa terdekat.
Berikut ringkasan tawaran:
Gaji bulanan permulaan USD300
Komisen minimum 1 pip maksimum 2 pip ( Internet Partner )
Skop Kerja UTAMA:
Memasarkan jenama LiteForex di Malaysia secara meluas offline dan online.
Mencapai sasaran bulanan deposit hanya USD5000 dari klien yang diperkenalkan.
Membantu menjawab segala persoalan klien di Carigold dan offline.
Melakukan segala yang terbaik dalam usaha pengukuhan jenama LiteForex di Malaysia.
Buat masa ini hanya 5 orang IB akan dilantik untuk tempoh percubaan selama 3 bulan. Mereka yang berjaya membuktikan kemampuan memasarkan jenama LiteForex dengan berkesan akan dilantik ke jawatan tetap sebagai IB dengan gaji bulanan yang akan dikaji semula.
Mereka yang berjaya juga akan diberikan sebuah pejabat operasi untuk mengendalikan segala urusan sokongan kepada klien. Pihak syarikat akan menanggung segala urusan dan perbelanjaan untuk membuka pejabat di kawasan masing-masing.
IB-IB yang dilantik dalam tempoh percubaan dan berjaya memperkenalkan klien-klien baru/lama dengan jumlah deposit bulanan melebihi USD10000 akan diberikan pakej insentif dan galakan yang sangat menarik. Perbincangan lanjut menyusul kemudian.
Kepada yang berminat sila email permohonan anda ke :
liteforexmanager[at]gmail.com
syarat-syarat UTAMA:
1. Tidak mempunyai komitmen dengan broker lain.
2. Mempunyai akaun VERIFIED LiteForex
3. Bersedia memberikan sepenuh komitmen kepada LiteForex Malaysia
4. Memahami segala maklumat berkaitan syarikat.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Pihak kami berhak mengubah/menambah/mengurang tawaran kepada IB bergantung kepada budi bicara.
Jom Bersama LiteForex Menuju Kebebasan Kewangan yang Sebenarnya!
![]()