TengkuHaadi
Active+ Member
- Messages
- 4,628
- Joined
- Mar 24, 2008
- Messages
- 4,628
- Reaction score
- 593
- Points
- 81
Jika perkara yang kami dengar ini benar, maka kami yakin ramai peminat Lisa Surihani di luar sana pasti mendoakan perkara yang sama terhadap kandungan yang dibawa oleh Lisa.
BACA: Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu
Mengandung Dalam Filem
Menurut ruangan Cik Pang di Harian Metro, perkhabaran tersebut mengatakan Lisa sudah mengandung tetapi masih di peringkat awal manakala Lisa pula ketika ini masih tidak mahu
memberi sebarang komen mengenai perkara
berkenaan.
Tapi menurut cerita, Lisa memang tidak mahu isu dia mengandung menjadi kecoh lebih-lebih lagi apabila kadungannya masih lagi diperingkat
awal.
Timbul juga teori mengatakan Lisa tidak boleh
memberitahu secara terbuka kerana sudah
menandatangani kontrak bersama Astro dan
pengumuman mengenainya akan dibuat secara
eksklusif di stesen televisyen berbayar itu.
Terlalu awal ketika ini untuk membuat sebarang spekulasi namun apa-apa pun berita yang bakal kita dengar daripada mulut Lisa nanti, kami doakan yang terbaik. Kami pasti ramai peminat Lisa dan juga Yusry ternantikan saat-saat bahagia dengan kehadiran si comel penambah seri keluarga tersebut.
www.rotikaya.com/lisa-surihani-kini-hamil/
