BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lingkaran awan ganjil (Hole Punch) di Mexico, antara teori UFO dan teori ais beku

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
INGKARAN seperti kawah terbentuk di langit Mexico.

BANDAR RAYA MEXICO – Satu lingkaran awan ganjil yang dilihat seperti kawah muncul di langit Mexico sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa makhluk asing yang menyebabkan fenomena itu berlaku.

Menurut sebuah akhbar semalam, fenomena itu merupakan yang kedua dilihat selepas satu lingkaran awan ganjil ditemui di langit Moscow, Rusia pada Oktober tahun lalu.

Beberapa pihak percaya fenomena itu berlaku semasa objek terbang tidak dikenali (UFO) memasuki atau keluar dari atmosfera bumi.

Imej itu mirip adegan dalam filem Independence Day pada 1996.

Lingkaran ganjil itu dirakamkan di Mexico pada 11 Februari lalu berdasarkan maklumat di laman web YouTube.

Satu mesej di laman itu menjelaskan ia merupakan imej mengagumkan dan mungkin sebuah UFO sedang memasuki atau meninggalkan bumi.

Ia dianggap sebagai misteri oleh pakar UFO, Nick Pope yang menghabiskan masa melakukan siasatan berhubung fenomena ganjil untuk Kementerian Pertahanan Britain.

“Fenomena itu ganjil. Ia sama seperti yang terdapat di Rusia. Satu kemungkinan ialah ia mungkin satu meteorit atau bola api bergerak melalui awan,” katanya. – Ag

du_04-1.jpg

s_Hole%20Punch%20Cloud01.jpg

MoscowHaloCloud.JPG

A “hole punch cloud” as seen over Moscow last year. Such clouds are rare and awe-inspiring as their cause is still somewhat mysterious.
BeelerHoldPunchCloud.JPG

A hole punch cloud photographed over Alabama in 2003. Photo Source: Gary Beeler, Warning Coordination Meteorologist, National Weather Service Mobile, Alabama.
HolePunchCloud4.jpg

This hole punch cloud is a particularly vibrant example of both the foundational cloud form and the evaporation of the water droplets in the surrounding environment. Some hold punch clouds are even referred to as “crop circles in the sky.
HoldPunchCloud2.jpg

Another hole punch cloud, this one photographed over Colorado in 2007. Photo source: Colorado Uerlings: http://www.neatorama.com
 
maha kuasa Ciptaan Tuhan....

subhanallah
 
yg heran selalu sgt report dtg dari mexico etc..tmpat2 yg kurang org duduk..nape?mai la singgah kl ker..:D
 
abih la...silver surfer dah datang... :p
 
yg heran selalu sgt report dtg dari mexico etc..tmpat2 yg kurang org duduk..nape?mai la singgah kl ker..:D

kalau ko heran,aku lagi heran..semua benda benda pelik ni berlaku di negara omputih.
 
yg heran selalu sgt report dtg dari mexico etc..tmpat2 yg kurang org duduk..nape?mai la singgah kl ker.
stiap tempat ada keistimewaannya..mcm malaysia banyak hantu(SETAN/JIN)
 
Back
Top
Log in Register