BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lingkaran awan ganjil di Mexico

dan DIA menunjukkan/memperlihatkan tanda2 kebesaran dan kekuasaanNYA dilangit dan dibumi bagi orang2 yang mahu berfikir.. :)paid:)paid
 
du_04.1.jpg

LINGKARAN seperti kawah terbentuk di langit Mexico.

BANDAR RAYA MEXICO - Satu lingkaran awan ganjil yang dilihat seperti kawah muncul di langit Mexico sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa makhluk asing yang menyebabkan fenomena itu berlaku.

Menurut sebuah akhbar semalam, fenomena itu merupakan yang kedua dilihat selepas satu lingkaran awan ganjil ditemui di langit Moscow, Rusia pada Oktober tahun lalu.

Beberapa pihak percaya fenomena itu berlaku semasa objek terbang tidak dikenali (UFO) memasuki atau keluar dari atmosfera bumi.

Imej itu mirip adegan dalam filem Independence Day pada 1996.

Lingkaran ganjil itu dirakamkan di Mexico pada 11 Februari lalu berdasarkan maklumat di laman web YouTube.

Satu mesej di laman itu menjelaskan ia merupakan imej mengagumkan dan mungkin sebuah UFO sedang memasuki atau meninggalkan bumi.

Ia dianggap sebagai misteri oleh pakar UFO, Nick Pope yang menghabiskan masa melakukan siasatan berhubung fenomena ganjil untuk Kementerian Pertahanan Britain.

"Fenomena itu ganjil. Ia sama seperti yang terdapat di Rusia. Satu kemungkinan ialah ia mungkin satu meteorit atau bola api bergerak melalui awan," katanya. - Agensi

saper ada link utube ni ek?
 
mmg pelik ni...
 
Serba salah nak citer ke tak pada mulanya.... kot2 mata salah tengok... 2 malam lepas...dlm perjalanan balik solat maghrib..dgn anak... naik motor.... . Biasanya wak akan tanya anak..cuba tengok, bulan cantik tak? Tetiba time tu anak tanya..abah..apa tu yg bergerak laju tu... wak pun tengok... wak tengok acuh tak acuh lah..bebudaklah katakan.... .Wak pandanglah... nampaklah banyak bintang2.... Wak cakap lah..tu bintang... . Anak pun tanyak... bintang bergerak laju ke... . Baru Wak perasan satu objek..kecik jer.. mcm bintang yg kita biasa tengok kat langit tu... . Tp bergerak laju..... . Nak kata kapalterbang..mcm tak logik... laju semacam jer... wallahualam.... . Hanya Allah yang lebih mengetahui. Sampai stop motor, tengok objek tu. Sampaikan jiran nampak kita duduk tengok ke atas..dia pun tengok sama...tp tak pastilah dia nampak ke idak nya....
 
antara komen menarik kt youtube ade yg sebut pasal HAARP..dah lama xdgr..ble baca lanjut cni

antara konspirasinya berkaitan keupayaan dorang ni create tsunami, gempa bumi, banjir, mcm2 bencana..dah mcm cerita fiction plak..

"sometime truth is strange than a fiction" n "u cannot handle the truth"
 
Serba salah nak citer ke tak pada mulanya.... kot2 mata salah tengok... 2 malam lepas...dlm perjalanan balik solat maghrib..dgn anak... naik motor.... . Biasanya wak akan tanya anak..cuba tengok, bulan cantik tak? Tetiba time tu anak tanya..abah..apa tu yg bergerak laju tu... wak pun tengok... wak tengok acuh tak acuh lah..bebudaklah katakan.... .Wak pandanglah... nampaklah banyak bintang2.... Wak cakap lah..tu bintang... . Anak pun tanyak... bintang bergerak laju ke... . Baru Wak perasan satu objek..kecik jer.. mcm bintang yg kita biasa tengok kat langit tu... . Tp bergerak laju..... . Nak kata kapalterbang..mcm tak logik... laju semacam jer... wallahualam.... . Hanya Allah yang lebih mengetahui. Sampai stop motor, tengok objek tu. Sampaikan jiran nampak kita duduk tengok ke atas..dia pun tengok sama...tp tak pastilah dia nampak ke idak nya....

kita hidup di dunia byk lagi hidupan yg hidup bersama kita..... maha kuasa ciptaaNYA
 
Back
Top
Log in Register