BTC USD 82,468.8 Gold USD 4,171.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lina Joy menang?

gayz said:
Apa yang kita mampu buat??

yang penting masing2 kita kena jaga diri sendiri dan keluarga yang terdekat. barulah salahkan orang lain..dan kerajaan..ekekeke.. :lol:
 
cariemas said:
yang pasal sms palsu.. nih. Macam ader orang sajer nak perlagakan kaum kaum di malaysia nih. Kacau bilau tak tentu pasal. Tak der pun keputusan mahkamah dah nak buat havoc. Ni boleh kena masuk lokap.. :x

*Sori, aku nk tanya pendapat... agak2nya bila mahkamah da buat keputusan yg mana memihak kepada azlina jaafar (pihak laknatullah), apa yg boleh kt buat..??

*dr segi sudut +, sms palsu ni bg aku nk melihat reaksi orang melayu/islam jika benar keputusan sebenar memihak kpd pihak laknatullah...
-kemungkinan sms boleh dtg dr pihak mahkamah/pihak islam/pihak polis/..., masing2 inginkan gambaran keadaan yg bakal berlaku...

*totally kes ni memecahbelahkan antara kaum ker?? so, baik hidekan dr umum?? biarlah apa nk jadi, janji kt bahgia... ??

***************************************************
mmm... semoga aku tak tergolong dlm golongan yg dilaknat..
 
kes dia belum selesai lagi....
apa pun kita harap hati dia terbuka pada nur islam balik.....
kalau kita maki@kata bukan dpt dosa sj.....
tapi ader ustaz kata.... lebih kurang mcm ne lah....
dalam hati kita ader titik.....kalau kebaikan kita lakukan akan bertambah titik putih dalam hati kita...kalau kita buat maksiat@dosa bertambahlah titik hitam dalam hati kita....
bila dh banyak sangat titik hitam dalam hati kita....
segala perbuatan baik dia kata buruk... dan pintu hati dh tertutup untuk bertaubat
pilih lah titik mana nk titik di hati kita...
 
Rayuan Lina Joy diketahui Rabu depan
25-05-2007 08:22:57 PM

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini menetapkan 30 Mei ini untuk memutuskan sama ada Azlina Jailani yang menukar namanya kepada Lina Joy boleh menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.

Perkara itu disahkan oleh peguam Lina, Benjamin Dawson ketika dihubungi di sini hari ini.

Lina, 42, merayu terhadap penolakan Mahkamah Rayuan terhadap permohonannya untuk menggugurkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya.

Rayuannya di mahkamah itu ditolak pada 19 Sept, 2005, dalam keputusan majoriti 2-1, untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi tidak membenarkan permohonannya bagi menggugurkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya atas alasan keputusannya keluar dari Islam tidak disahkan oleh Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa Islam yang lain.

Pada 23 April, 2001, Mahkamah Tinggi memutuskan sebagai seorang Islam, Lina, tidak boleh keluar dari Islam dan bahawa isu itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Dalam samannya, Lina menamakan Majlis Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan, Kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad sebagai responden.

Pada 2 Feb 1997, Lina memohon kepada JPN untuk menukar namanya atas alasan beliau tidak lagi memeluk Islam dan telah masuk Kristian.

Permohonan itu ditolak oleh JPN pada 11 Ogos 1997.

Permohonan keduanya kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy diluluskan dan JPN memintanya memohon kad pengenalan baru.

Lina mengemukakan permohonan bagi kad pengenalan baru dan pada November 1999, beliau diberikan kad pengenalan baru dengan nama Lina Joy dan perkataan "Islam" dicatatkan.

Pada 11 Mac 2000, Lina memohon kepada JPN untuk menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalan barunya tetapi permohonannya ditolak atas alasan beliau perlu mengemukakan sijil atau perintah daripada Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa agama Islam.

Pada 4 Julai tahun lepas, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Mohd Sheriff telah menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah daripada pihak berkenaan dalam rayuan itu. BERNAMA

Sumber: mstar.com
 
kes ne still lem settle lg la..

agama islam.. dipermainkan.. di negara sendiri... sebuah negara.. yg di iktiraf .. sebagai negara islam... :)
 
hadhari 2x.....menuju kejayaan..hadhari2x....mari kita menuju kehancuran.....hadhari 2x....
 
kes ne still lem settle lg la..

agama islam.. dipermainkan.. di negara sendiri... sebuah negara.. yg di iktiraf .. sebagai negara islam... :)

Hari Rabu depan menentukan bagaimana Institusi Mahkamah menangani masalah teknikal ini walaupun sudah terbukti Norazlina murtad..:-?
 
memang takde undang yang jelas, aku rasa paling teruk pun kena bayar saman je...berapa? 1000? 2000? tah le...
 
Rayuan Lina Joy diketahui Rabu depan
25-05-2007 08:22:57 PM

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini menetapkan 30 Mei ini untuk memutuskan sama ada Azlina Jailani yang menukar namanya kepada Lina Joy boleh menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.

Perkara itu disahkan oleh peguam Lina, Benjamin Dawson ketika dihubungi di sini hari ini.

Lina, 42, merayu terhadap penolakan Mahkamah Rayuan terhadap permohonannya untuk menggugurkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya.

Rayuannya di mahkamah itu ditolak pada 19 Sept, 2005, dalam keputusan majoriti 2-1, untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi tidak membenarkan permohonannya bagi menggugurkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya atas alasan keputusannya keluar dari Islam tidak disahkan oleh Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa Islam yang lain.

Pada 23 April, 2001, Mahkamah Tinggi memutuskan sebagai seorang Islam, Lina, tidak boleh keluar dari Islam dan bahawa isu itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Dalam samannya, Lina menamakan Majlis Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan, Kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad sebagai responden.

Pada 2 Feb 1997, Lina memohon kepada JPN untuk menukar namanya atas alasan beliau tidak lagi memeluk Islam dan telah masuk Kristian.

Permohonan itu ditolak oleh JPN pada 11 Ogos 1997.

Permohonan keduanya kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy diluluskan dan JPN memintanya memohon kad pengenalan baru.

Lina mengemukakan permohonan bagi kad pengenalan baru dan pada November 1999, beliau diberikan kad pengenalan baru dengan nama Lina Joy dan perkataan "Islam" dicatatkan.

Pada 11 Mac 2000, Lina memohon kepada JPN untuk menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalan barunya tetapi permohonannya ditolak atas alasan beliau perlu mengemukakan sijil atau perintah daripada Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa agama Islam.

Pada 4 Julai tahun lepas, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Mohd Sheriff telah menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah daripada pihak berkenaan dalam rayuan itu. BERNAMA

Sumber: mstar.com

weh.. tadi aku dgr berita kat tv3, mngatakan mahkamah persekutuan tidak membenarkn perkataan "islam" dibuang dr kad pengenalan lina joy.. kerana mahkamah syariah tidak meluluskn permohonan keluar islam..
 
Back
Top
Log in Register