BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima sekeluarga jahanam

Boboi

Fun Poster
Messages
671
Joined
Jul 14, 2010
Messages
671
Reaction score
50
Points
30
giler_cropped_1501235638.jpg

Lima sekeluarga termasuk datuk yang didakwa merogol budak perempuan berusia 12 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Limbang atas 22 tuduhan

Jumaat, 28 Julai 2017 @ 5:54 PM

LIMA lelaki terdiri daripada bapa, datuk dan tiga sepupu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Limbang, hari ini atas 22 tuduhan merogol kanak-kanak bawah umur antara penghujung November 2016 hingga Jun lalu.

Tertuduh yang dituduh merogol mangsa berusia 12 tahun itu terdiri daripada datuk mangsa berusia 72 tahun, ayah (40 tahun) dan tiga sepupu masing-masing berusia antara 16 hingga 21 tahun.

Bagi tertuduh pertama yang juga bapa mangsa berusia 40 tahun, dia dituduh merogol mangsa sebanyak empat kali manakala tertuduh kedua dan ketiga yang juga sepupu mangsa berusia 17 dan 21 tahun masing-masing dituduh merogol mangsa sebanyak tiga kali dan empat kali.

Manakala tertuduh kelima iaitu datuk mangsa berusia 72 tahun dituduh merogol mangsa sebanyak enam kali manakala seorang lagi sepupu mangsa dituduh merogolnya sebanyak lima kali.

Mengikut kertas pertuduhan, semua tertuduh dituduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun di beberapa kawasan berasingan di sebuah kampung di daerah ini antara penghujung November 2016 hingga Jun lalu.

Semua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim manakala prosiding pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Inspektor Mohamad Faris Mohamed Asri.

Mahkamah menetapkan 6 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan, mangsa yang masih bersekolah itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang dilantik Jabatan Kebajikan Masyarakat Limbang.

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/248474/lima-sekeluarga-jahanam
 
Haramjaddah la manusia yang suka rogol nie

Makin banyak plak kes rogol

Harap masyarakat ngan kerajaan
Ambil langkah secepatnya nak selesaikan masalah camnie

Cari solusi terbaik bagi kejadian rogol dah tak berlaku di Malaysia
 
ni mesti banyak makan BABl..perangai pun dah macam BABl
 
kesian dgn nasib budak ni. sampai gitu sekali kena bedal
 
Nafsu dah kalah binatang.... Smp hilang akal xkenal darah daging sendiri
 
Bangsa apa ye..Selama ni memanjang kalau kes macam ni orang Melayu..Harap harap kali ni bangsa lain la pulok...
 
Back
Top
Log in Register