BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima mayat terikat pada kerusi

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
PANGKALAN BUN - INDONESIA. Pasukan penyelam Indonesia, semalam menemui lima mayat penumpang yang masih terikat dengan tali pinggang pada kerusi masing-masing di bahagian utama pesawat QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu.

Media tempatan melaporkan penemuan itu menjadikan jumlah mayat yang telah dibawa naik ke permukaan laut setakat ini berjumlah 58 orang.

Pegawai penyelaras operasi tersebut, S B Supriyadi berkata, kesemua mayat itu ditemui dalam kawasan berlumpur berhampiran bangkai pesawat terbabit.

"Kami percaya mereka mungkin tercampak keluar sejauh 50 meter (m) hingga 100 m dari bangkai pesawat terbabit," jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, pasukan penyelamat tersebut turut berjaya menemui bahagian utama pesawat QZ8501, di mana kebanyakan mayat mangsa dipercayai masih terperangkap di kerusi masing-masing, namun usaha itu tergendala berikutan jarak penglihatan di dasar laut itu hanya 2 meter.

Selasa lalu, Menteri Pengangkutan, Ignasius Jonan memaklumkan data diperoleh daripada pusat kawalan trafik udara menunjukkan pesawat tersebut naik lebih laju hingga menyebabkan enjinnya mati secara tiba-tiba sebelum ia terjunam ke dalam laut.

Sementara itu, analisis awal ke atas rakaman suara kokpit turut mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden tersebut. - AFP
 
8jy0rW4.jpg
 
naik laju2 terus junam, stall ni.
 
Naik dengan laju elak ribut. Mcm cerita lakonan denzel washington.
 
Back
Top
Log in Register