TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
“Seramai empat orang cedera dan lima lagi maut,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan, selepas menemui lima mayat dalam insiden berkenaan yang berlaku di Las Lomas, selatan wilayah Azuay.
Menurut pihak berkuasa, mangsa yang maut adalah seorang wanita dewasa berusia 37 tahun, tiga budak lelaki berusia 11, 13 dan 14 serta seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun.
Kenyataan oleh perkhidmatan kecemasan menyebut, tembok penahan setinggi lima meter itu runtuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diletak di bahu jalan.
Penyelaras perkhidmatan kecemasan, Alexandra Altamirano berkata, tiga mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital untuk rawatan dan polis masih menyiasat punca runtuhan. - AFP
Lima maut dihempap tembok konkrit
QUITO (ECUADOR): Sekurang-kurangnya lima orang maut, empat daripadanya kanak-kanak, apabila kenderaan yang mereka naiki dihempap sebuah tembok konkrit awal pagi semalam, kata pasukan perkhidmatan kecemasan.