BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,174.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima cedera dinding flat runtuh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

​

SIBU - Lima penduduk cedera dan dibawa ke Hospital Sibu setelah dinding sebuah unit flat kediaman tiga tingkat di Sibu Jaya runtuh awal hari ini.

Penolong pengarah operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata identiti mangsa dan status tahap kecederaan mereka belum diperoleh setakat ini.

Beliau berkata kejadian dilaporkan berlaku pada 2.47 pagi ketika penduduk sedang nyenyak tidur.

Bomba dan Penyelamat Sibu yang mendapat laporan kejadian di HDC Terrace Garden, 24km dari sini segera menggegaskan beberapa buah jentera dengan 17 anggota.

Kesemua penduduk flat yang belum dapat dipastikan jumlah sebenarnya telah diarah mengosongkan unit masing-masing.

Bomba dan Penyelamat Sibu kini memeriksa keutuhan struktur bangunan itu. - Bernama
 
Kalau dinding tiba2 runtuh masa beramas mesra mesti jadi tontonan umum penduduk.
 
Back
Top
Log in Register