BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima beranak minum racun

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KLANG - Seorang wanita bersama empat anaknya nekad meminum racun rumpai akibat terlalu sedih dengan kematian adik lelakinya, seorang suspek kes jenayah yang mati ditembak polis baru-baru ini.

Suri rumah, R. Sheetha, 32, bersama tiga anak perempuannya iaitu M. Darsini, M. Usarani, dan M. Navina serta seorang anak lelaki, M. Kugan, masing-masing berumur antara tiga dan lapan tahun ditemui dalam keadaan tenat selepas meminum racun rumpai di rumah mereka di Jalan Batu 1/2, Jalan Kapar, dekat sini pukul 8.30 pagi semalam.

Kejadian itu disedari oleh adik perempuan Sheeta, R. Parvathy, 31, yang tinggal berhampiran rumah mereka dan membawa anak-beranak itu ke Klinik Kesihatan Kapar di sini tetapi kesemuanya kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini setelah berada dalam keadaan kritikal.

Bapa Sheetha, R. Ramphaty, 61, ketika ditemui di HTAR berkata, Sheetha dirawat di Wad Kritikal manakala Darsini dan Kugan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Usarani dan Navina pula dirawat di Wad Kanak-Kanak hospital itu.

Dalam kejadian Ahad lalu, polis menembak mati lima penjenayah, termasuk ketua Geng PCO Boy yang dipercayai dalam perjalanan untuk melakukan samun di Sungai Keramat, Jalan Kapar, Klang Utama di sini.

Rampathy berkata, Sheeta sangat rapat dengan adiknya, salah seorang daripada lima penjenayah yang mati ditembak, namun tidak menyangka Sheeta nekad mengajak anak-anaknya minum racun rumpai kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa adik lelakinya itu telah mati.

"Saya marah dan bertanya kepada Sheetha mengapa meminum racun bersama cucu saya.

"Sheetha sering menatap gambar adiknya dan saya pernah terdengar dia kata pada empat orang anaknya bahawa jika mereka ingin berjumpa dengan pak cik mereka, hanya dengan minum racun mereka akan dapat bertemu semula," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan berhubung kes mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh diri.
 
nape orang india macam 2 ek? diaorang nie macam tak boleh terima kenyataan, asyik nak meraung, nak angguk2x kepala mnacam orang hilang akal.. langsung takde sifat mnerima qada dan qadar.. even orang putih pun tak macam 2..
 
nape orang india macam 2 ek? diaorang nie macam tak boleh terima kenyataan, asyik nak meraung, nak angguk2x kepala mnacam orang hilang akal.. langsung takde sifat mnerima qada dan qadar.. even orang putih pun tak macam 2..

adat turun temurun kot..:p
 
ngeri jgk..nekad pasal sedih..huh
 
x berfikiran dgn waras nilah jadinya...
 
nekad betul diaorg..dah le terseksa ..tak mati terus..
 
rapat tak rapat, persetankan.. dah kalo perompak , perogol, penjenayah.. tembak jee
 
budaya tu.
pelik kat kita. dorang biasa je
 
Back
Top
Log in Register