BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima beranak daif hidup berlapar

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BANDAR BAHARU - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Demikianlah ungkapan yang mampu diluahkan apabila melihat kehidupan lima beranak yang hidup dalam keadaan daif di Kampung Tengah, Parit Nibong, di sini.

Sejurus melangkah masuk ke rumah mereka, bau hanyir dan hapak menyelubungi ruang rumah dan ia seakan-akan tidak memiliki ‘roh’ untuk menceriakan keadaan rumah ini.

Lantai semakin reput, atap bocor dan keadaan pakaian berselerakan kerana ketiadaan almari menunjukkan betapa keluarga ini sangat memerlukan perhatian serta bantuan.

Selain itu, rumah ini juga tidak dilengkapi bekalan air bersih manakala bekalan eletrik akan dipotong pada bila-bila masa sahaja kerana bil tertunggak banyak.

Keluarga seperti ini seharusnya menerima pembelaan tetapi masih ada pihak terlepas pandang.

Norizan Hamzah, 40, ibu kepada empat anak berusia 13,11,8 dan 4 tahun berkata, rumah yang didiami sekarang ini adalah rumah peninggalan keluarga suaminya.

Suaminya, Mat Aziz Din,40, yang bekerja sebagai buruh hanya mampu memperolehi pendapatan sebanyak RM10 sehari.

Keluarga ini semakin terhimpit apabila ketua keluarga ini dikatakan ditahan polis bersama majikannya ketika bekerja dan tidak pulang ke rumah sejak sebulan lalu.

“Sepanjang kami menetap di kampung ini, tidak ada sesiapa datang melawat atau menjenguk kami. Rumah yang kami diami sekarang ini merupakan rumah pusaka dan keadaannya semakin uzur. Atap rumah ini bocor dan kami terpaksa menadah air hujan dengan mengunakan piring atau pinggan.

“Selain itu, lantai rumah berlubang-lubang dan reput. Rumah ini tidak mempunyai bekalan air bersih dan bekalan eletrik akan dipotong bila-bila masa,” katanya.

Norizan berkata, suaminya bekerja sebagai buruh kebun sayur dan mendapat upah RM10 sehari. Sekiranya dia sakit, majikannya tidak akan membayar gaji kerana upah yang diperolehinya dibayar mengikut hari bekerja.

“Masalah kami lima beranak lebih sengsara apabila suami saya dikatakan ditangkap polis ketika sedang bekerja bersama majikannya. Majikannya kini dibebaskan dan suami saya masih dalam tahanan polis dan saya tidak tahu di mana. Saya hanya dimaklumkan mengenai berita itu melalui anak majikannya,”katanya.

Kehidupan lima beranak itu kini hidup dengan belas ehsan orang ramai kerana tidak mempunyai sebarang pendapatan. Majikan suaminya yang tinggal berdekatan rumah mereka, didakwa langsung tidak menjenguk dan menghulurkan bantuan.

Menurutnya, mereka makan apa sahaja untuk mengalas perut dan adakalanya terpaksa berlapar sepanjang hari kerana tidak mempunyai sebarang makanan.

“Majikan suami saya langsung tidak memberikan sebarang bantuan makanan atau wang kepada keluarga kami. Malah menjenguk pun tidak. Kami lima beranak hidup dalam kesempitan dan hanya mengharapkan belas ehsan orang ramai. Kami makan apa sahaja untuk mengalas perut.

“Ada kalanya kami lima beranak terpaksa berlapar sepanjang hari kerana ketiadaan makanan. Sekiranya saya seorang berlapar, tidak mengapa, tetapi saya tidak sanggup melihat anak-anak masih kecil menangis kerana kelaparan. Sebagai seorang ibu, saya sangup lakukan apa sahaja demi untuk mereka tetapi apalah daya saya,” katanya.

Ketua Wanita, Parti keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kulim Bandar Baharu, Suraiya Hashim berkata, beliau berasa sedih dan simpati sehingga menitiskan air mata apabila melihat kehidupan lima beranak yang langsung tidak menerima sebarang pembelaan dan bantuan daripada mana-mana pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mahupun Pusat Zakat.

Menurutnya, keluarga ini harus menerima bantuan sewajarnya kerana kehidupan mereka terlalu daif dan tidak mempunyai sebarang pendapatan.

“Selain itu suami dan juga bapa tempat mereka bergantung hilang tanpa berita. Lebih menyedihkan lagi apabila keluarga ini hanya mampu makan sekali sehari kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan,” katanya.

“Saya minta JKM dan Pusat Zakat turun padang dan lihat sendiri bagaimana daifnya keluarga ini. Mereka betul-betul memerlukan bantuan kemanusiaan dengan seberapa segera. Cuba bayangkan bagaimana seorang ibu berhadapan dengan keadaan di mana empat anaknya terpaksa berlapar semata-mata kerana tidak mampu membeli makanan untuk mereka. Mereka hanya hidup dengan belas ehsan orang ramai dan sampai bila mereka boleh bergantung hidup dengan keadaan ini?,” kata Suraiya.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai banyak wang dan modal untuk memberi sumbangan berterusan kepada keluarga ini tetapi masih prihatin dan menjenguk nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.

“Bagaimana keluarga ini boleh terlepas pandang? Saya meminta jasa baik Ahli Jawatan Kuasa (AJK)PKR Cabang , Kulim Bandar Baharu, Ismail Hassan untuk cuba menjejaki di manakah suami Norizan yang dikatakan ditahan oleh polis dan apakah statusnya,”katanya.

Sebelum meninggalkan perkarangan rumah itu, Suraiya sempat menyampaikan sumbangan peribadi dan menasihati keluarga itu agar jangan sesekali putus harapan dan terus berdoa agar kehidupan mereka akan berubah.

Beliau mengingatkan keempat-empat anak yang masih bersekolah agar terus berjuang dalam pelajaran supaya dapat membela nasib keluarga mereka pada masa akan datang.
 
mudah2an ada la adun2 bkenaan p tgk "org2" diorg ni.. nk tggu tv3 gak ke?
 
unit amal cg x ada ker yg bule bantu...>?
 
tolong la bantu..war2kan pada ahli CG supaya kita buat tabung..teringat kat anak ako yg 6 dan 5 tawon tuh...ish sedih ako baca...
 
depa dok rumah tu ada gak api air...aku dulu dok ngan orag tua aku xdak api air...sampai aku umur 17 tahun baru dapat api air...apa pun aku bersyukur kerana di beri nyawa untuk berjuang di muka bumi ini.
 
harap2, janganlah kerana org pkr yg timbulkan isu ni...
jkm buat2 xnampak....
manalah gi zakat yg kita bayar..
 
Bangunan Zakat jer yang mewah, rumah penerima zakat dan tidak/belum terima ibarat retak menanti belah jer....sepatutnya Pegawai pusat zakat dan JKM bergerak mencari penerima2 zakat..bukannya duduk dalam ofis goyang kaki dgn Aircon dan utilities ditanggung duit zakat...siapa nak bekerja dgn Jabatan Zakat make sure ikhlas..sebab kesian kat penerima zakat kalau pekerja Pusat Zakat curik tulang apatah lagi menyeleweng...hmmm
 
Back
Top
Log in Register