demise_u
Super Active Member
- Messages
- 6,049
- Joined
- May 11, 2008
- Messages
- 6,049
- Reaction score
- 101
- Points
- 73
SEORANG penghuni warga tua di Blok D, PPR Kampung Baru Air Panas terpaksa mengangkat basikalnya menerusi tangga kerana lif yang kerap rosak dan mengancam keselamatan pengguna.
Bergerak laju, tak tentu hala di Blok D, PPR Kampung Baru Air Panas
SETAPAK: Lif macam roller coaster! Penduduk di Blok D, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas di sini trauma kerana sebuah lif rumah pangsa kos rendah itu sering turun laju dan terhenti secara tiba-tiba selama beberapa minit sebelum bergerak semula ke atas dengan laju.
Secara kebetulan, ketika Sentral membuat tinjauan di blok berkenaan, seorang datuk bersama cucunya keluar dari lif itu dalam keadaan terkejut kerana baru
saja mengalami pengalaman menaiki roller coaster. Saya tinggal di tingkat 11 dan hendak menghantar cucu ke sekolah apabila tiba-tiba lif ini turun dengan laju dan terhenti selama lima minit. Bila saya buka pintu lif, hanya ada dinding konkrit.
Saya terus tekan butang kecemasan beberapa kali untuk meminta pertolongan tetapi secara tiba-tiba, lif bergerak laju semula ke atas seakan sedang menaiki roket dan akhirnya turun semula, katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Mustafa, 65.
Penduduk lain yang ditemui turut mengakui pernah mengalami nasib sama sejak setahun lalu. Akibatnya, ramai yang tidak berani menaiki lif berkenaan. Lebih menyedihkan, dua lif lain di situ turut ada angin masing-masing.
Lif di sebelah kiri rosak sejak awal bulan lalu dan sepatutnya sudah diperbaiki Jabatan Pengurusan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Lif di sebelah kanan pula didapati masih berfungsi tetapi apabila dinaiki, ia akan berhenti dan naik di mana-mana tingkat sesuka hati walaupun butang lif untuk ke tingkat berkenaan tidak pun ditekan sebelum itu.
Keadaan ketiga-tiga lif berkenaan bukan saja menakutkan tetapi menyusahkan penghuni yang kebanyakannya terdiri daripada warga tua dan orang kurang upaya (OKU).
Seorang warga tua, Marry Anne De Cruz, 70, yang menderita arthritis sejak beberapa tahun lalu terpaksa menahan kesakitan untuk menuruni tangga dari rumahnya di tingkat 10 setiap kali lif di situ bermasalah.
Sejak setahun lalu, lif di sini mula rosak dan bergerak tidak tentu hala sehingga menyukarkan urusan penghuni terutama yang sakit seperti saya.
Di sini ramai golongan warga tua dan OKU yang memang tidak berdaya turun dan naik tangga selalu, katanya.
Justeru, penduduk merayu kepada DBKL supaya bertindak memulihkan keadaan lif di situ kerana aduan sudah beberapa kali dibuat termasuk ke pejabat pengurusan perumahan berkenaan sebelum ini.
